Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Ugutan Babit Anak Menteri, Kertas Siasatan Sudah Lengkap – KPN

Susulan kes ugutan babit anak menteri yang didakwa meminta seorang wanita berusia 20-an untuk gugurkan kandungannya, polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung laporan berkenaan.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan bahawa kertas siasatan sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Paya (TPR), pada Isnin lalu setelah merakam percakapan semua pihak.

Kes Ugutan Babit Anak Menteri Minta Gugur Kandungan Seorang Wanita

kes ugutan babit anak menteri

Foto: Sinar Harian

Razarudin memaklumkan, pihak pendakwaan mengarahkan pegawai penyiasat mendapatkan laporan pemeriksaan kandungan wanita yang dikatakan diugut oleh anak menteri berusia di penghujung 20-an itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya lagi, siasatan awal mendapati anak menteri itu dilaporkan sudah bernikah dengan wanita berkenaan.

“Kita juga sedang menunggu pengesahan sijil perkahwinan mereka bagi membantu siasatan yang dibuat,” ujarnya.

Sementara itu, Razarudin juga menegaskan bahawa polis tidak pernah berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan tidak kira siapa pun.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa polis tidak akan melindungi sesiapa pun yang didapati terbabit dalam apa juga kesalahan meskipun ianya membabitkan menteri atau ahli keluarga mereka.
“Siasatan adalah telus dan pihak polis akan menghadapkan mereka yang bersalah ke muka pengadilan,” tegasnya.

Difahamkan, pengadu membuat laporan polis pada 1 Januari lalu dan siasatan dibuat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, berkaitan kesalahan ugutan jenayah.

Artikel lain: Kes Pemalsuan Dokumen Tuntutan Palsu, Anak Menteri Besar Dicekup SPRM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, tular menerusi laman sosial Telegram membabitkan kisah seorang anak seorang menteri Kabinet yang didakwa menggugut seorang wanita untuk menggugurkan kandungannya dan meminta untuk bertanggungjawab.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail), Malaysiakini

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Dunia

Global Sumud Flotilla (GSF) mengumumkan pelancaran flotila kemanusiaan terbesar dalam sejarah ke Gaza, yang dijadualkan berlepas pada 29 Mac dari pelbagai pelabuhan di seluruh...

Sukan

Atlet sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan petarung dari Myanmar, Ye Yint...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd