Seorang lelaki yang diburu polis sejak tiga tahun lalu berhubung kes tembakan terhadap seorang wanita hamil tujuh bulan di Kampung Repek pada Jun 2022, akhirnya berjaya diberkas pihak berkuasa.
Tembak wanita hamil dalam kereta
Menurut laporan Berita Harian, suspek berusia 24 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam satu operasi di Kampung Bukit Lata, kira-kira jam 7 malam pada Rabu.
Turut ditahan bersama suspek ialah seorang lagi lelaki berusia sama yang dipercayai rakannya.

Foto: Berita Harian
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, berkata kedua-dua suspek diberkas selepas polis mengesan kenderaan dinaiki mereka dalam keadaan mencurigakan.
Artikel lain: Lelaki Nyaris Maut, Ditembak Ketika Ambil Anak Pulang Sekolah
“Hasil pemeriksaan dan semakan mendapati salah seorang daripada mereka adalah individu yang diburu sejak 2022 kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita hamil.
“Ujian air kencing turut menunjukkan kedua-dua mereka positif dadah jenis methamphetamin,” katanya.
Direman susulan kes tembak wanita hamil
Suspek utama yang berasal dari Kampung Pak Jak kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan lanjut. Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Syed Farid Syed Ali.

Foto: Sinar Harian
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, negara digemparkan dengan penemuan seorang wanita hamil tujuh bulan, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang ditemui maut dalam sebuah kereta jenis Nissan Cetiro di tepi jalan Kampung Repek.
Mangsa yang juga seorang peniaga, ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di bahagian perut sebelah kir. Bayi dalam kandungannya turut disahkan meninggal dunia.

Foto: Sinar Harian
Susulan kejadian tembak wanita hamil tersebut, seorang daripada bekas suami mangsa turut pernah ditahan untuk siasatan.
Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul Rahim)
