Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Pegawai Kanan Polis Langgar Pelajar Tingakatan 5 Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

Kes pegawai kanan polis yang didakwa langgar dan bunuh pelajar tingkatan lima pada Disember lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan atas perintah Mahkamah Majistret di Ipoh pada Khamis.

Keputusan itu diambil selepas Majistret S. Punitha membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz untuk kes terhadap Mohd. Nazri Abdul Razak untuk dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi, lapor Kosmo!.

Foto: Kosmo!

Permohonan untuk memindahkan kes tersebut dibuat Afzainizam mengikut Seksyen 177A (1) Kanun Tatacara Jenayah namun tarikh sebutan kes tersebut di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak pendakwaan turut diwakili Saiful Akmal Mod Said dan Nasrul Hadi Abdul Ghani manakala yang tertuduh pula diwakili peguan Cindy Wong Xin Tian.

Selain itu, peguam pemerhati bagi keluarga mangsa iaitu Datuk Zamri Idrus turut hadir ke mahkamah.

Artikel lain: Isu Stoking Tertera Kalimah Allah: MPBP Serah Notis Batal Lesen, Tutup Operasi Kilang

Dalam prosiding bagi sebutan semula kes hari ini, Mohd. Nazri yang memakai pelitup muka dan memakai penutup kepada ‘hoodie’ dibawa masuk ke kamar Mahkamah Seksyen pada pukul 9 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tertuduh yang merupakan pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie pada 18 Disember lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Taman Jati 1 berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati.

Kes polis langgar pelajar tingkatan 5 dipindahkan ke Mahkamah Tinggi

Polis Langgar Pelajar Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

Foto: mStar

Sementara itu, tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau dipenjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini, masih belum ada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Sumber: Kosmo! (Asliza Musa)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Sepasang kekasih yang tular dalam sebuah video kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di tanah perkuburan di Georgetown, Pulau Pinang direman...

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd