Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Bunuh Suri: Kekasih Didakwa Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Suspek utama dalam kes pembunuhan Suri Narudin, yang mayatnya ditemui dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Negeri Sembilan, pada 18 Disember lalu, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin hari ini.

Kekasih Suri hanya menunduk faham

Tertuduh, Zainizan Zainal, 51, hanya menunduk faham sejurus pertuduhan dibacakan melalui jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali. Tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh ini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Suri

Foto: Astro Awani

Mengikut pertuduhan, Zainizan yang dipercayai kekasih mangsa didakwa membunuh Suri Narudin, 53, di kawasan belakang sebuah rumah di Jalan Pedas Linggi dalam daerah Rembau, Negeri Sembilan, antara 7 hingga 18 Disember 2025.

Artikel lain: Mayat Dalam Beg: Mangsa Disyaki Meninggal Di Ampang Sebelum Dibuang Di Rembau

Tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan baju T kelabu dan seluar jeans didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, tertuduh boleh dikenakan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali.

Suri

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi, yang memohon tarikh sebutan baharu bagi menunggu laporan bedah siasat dan forensik serta tidak mencadangkan sebarang jaminan.

Majistret Mohamad Redza Azhar kemudian menetapkan 27 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, mengesahkan seorang lagi individu, lelaki berusia 41 tahun yang turut ditahan sebelum ini, akan dijadikan saksi pendakwaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suri

Mayat yang ditemukan dalam beg tersebut disahkan identitinya sebagai Suri Narudin berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara.

Susulan penemuan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun bagi membantu siasatan.

Sumber: Astro Awani (Shuhada Abdul Kadir)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Spotlight

Pelakon aksi Thailand, Tony Jaa, dilaporkan sedang menjalani rawatan untuk kanser pundi hempedu selepas didiagnosis pada Jun 2024. Menurut laporan media Thailand, aktor itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd