Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Siasat Dakwaan Kembar Lelaki Diabai Ibu Tiri, Tidur Di Luar Rumah

Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan pengabaian melibatkan pasangan kanak-kanak kembar lelaki berusia lapan tahun di Pangsapuri Idaman Prestij KPark, selepas beberapa gambar dan hantaran mengenai kejadian itu tular di media sosial.

Kembar lelaki dijaga ibu tiri

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu selepas seorang anggota polis ternampak hantaran di akaun Facebook seorang wanita menggunakan nama ‘Wana Talia’ pada 9 September lalu.

kembar

Foto: FB Wana Talia

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua kanak-kanak berkenaan kini dijaga oleh ibu tiri mereka berusia 39 tahun.

Artikel lain: Polis & JKM Siasat Kes Ibu Tiri Didakwa Biar Kembar Lelaki Tidur Di Kaki Lima

“Berdasarkan rakaman percakapan, kanak-kanak tersebut memaklumkan mereka diminta tidur di luar rumah kerana dimarahi selepas bermain api dengan membakar kertas di dalam rumah.
“Manakala insiden menutup mata ketika makan pula dilakukan kerana mereka enggan makan sayur. Kedua-duanya turut mengesahkan tidak pernah didera secara fizikal oleh ibu tiri mereka,” katanya.

kembar

Tambah beliau, siasatan turut mendapati ibu kandung kepada kanak-kanak terbabit, yang juga pemilik akaun ‘Wana Talia’, ada membuat laporan polis di Balai Polis Bayan Baru selepas melihat gambar anak-anaknya tidur di luar rumah serta makan dengan mata ditutup yang dimuat naik oleh ibu tiri mereka di Facebook.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, kedua-dua kanak-kanak telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.

kembar

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabaikan kanak-kanak. Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih dijalankan,” ujarnya.

Terdahulu, perkongsian ibu kandung mangsa di Facebook mencetuskan perhatian ramai apabila dia meluahkan rasa kesal serta sedih selepas mengetahui anak-anak yang dijaga bekas suami bersama isteri baharunya itu didakwa tidak diberi makan dan tempat tinggal sewajarnya.

Sumber: Sinar Harian (Syajaratulhuda Mohd Rosli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular sebuah rakaman insiden melibatkan dua pelajar Tingkatan 5 di sebuah kawasan perumahan di sini semalam apabila seorang remaja perempuan dilihat bertindak kasar terhadap...

Sosial

Tular di TikTok, majlis akad nikah pasangan bernama Farisya Azwin dan Aiman di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan bulan lalu menjadi bualan hangat dalam...

Sosial

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa...

Lokal

Dua beradik berusia enam dan lapan tahun maut selepas kereta dinaiki bersama ibu bapa mereka terbabas lalu terjunam ke dalam sungai berhampiran Jambatan Tanjung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd