Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

PM Anwar Seru Thailand & Kemboja Henti Ketegangan, Kembali Ke Meja Rundingan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Thailand dan Kemboja menghentikan tindakan ketenteraan serta segera kembali ke meja rundingan bagi meredakan ketegangan di sempadan kedua-dua negara.

Menyifatkan konflik terbaharu antara tentera Thailand dan Kemboja awal pagi ini sebagai amat membimbangkan, Anwar berharap beliau dapat berbincang dengan pemimpin kedua-dua negara hari ini bagi menzahirkan pandangannya secara terus.

Kembali ke meja rundingan

Kembali ke meja rundingan

“Kedua-dua negara adalah anggota ASEAN yang penting dan mereka amat akrab dengan Malaysia. Saya telah berhubung dengan kedua-dua Perdana Menteri.
“Kita berharap sekurang-kurangnya kedua-dua pihak dapat menghentikan serangan dan mudah-mudahan mereka bersedia untuk memulakan rundingan damai.
“Mereka sudah cuba tetapi saya masih berpandangan bahawa perdamaian adalah satu-satunya pilihan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN (ASEMIS) 2025 di sini hari ini.

Anwar berkata meskipun pernah mengadakan perbincangan awal bulan lepas dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra yang kini digantung tugas, beliau tetap berhasrat mengadakan satu lagi rundingan dengan pemimpin kedua-dua negara.

Artikel lain: Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Berkunjung Sempadan Thailand-Kemboja

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kembali ke meja rundingan

Bekas Menteri Pertahanan Thailand Phumtham Wechayachai telah dilantik sebagai Pemangku Perdana Menteri pada awal bulan ini selepas Mahkamah Perlembagaan menggantung tugas Paetongtarn susulan siasatan terhadapnya membabitkan dakwaan melanggar standard etika.

Ditanya sama ada konflik itu boleh menjejaskan hubungan perdagangan, Anwar berkata adalah terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut daripada aspek berkenaan.

“Saya percaya ini adalah situasi yang bersifat sementara. Kedua-dua pihak sentiasa mengutamakan kepentingan negara masing-masing serta menginginkan penyelesaian damai bagi konflik ini. Mereka juga mahu memastikan ASEAN terus memainkan peranan aktif dan kita akan berusaha merealisasikannya,” kata beliau sambil menekankan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Kemboja dan Thailand terjerumus dalam pertelingkahan diplomatik yang serius sejak 28 Mei lepas susulan pertempuran antara tentera kedua-dua negara di sepanjang sempadan Preah Vihear, yang telah meragut nyawa seorang anggota tentera Kemboja.

Pada Rabu, Kerajaan Thailand telah menurunkan tahap hubungan diplomatik dengan Kemboja sebagai tindak balas segera selepas seorang anggota tenteranya cedera akibat letupan yang didakwa berpunca daripada periuk api baru yang ditanam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehari kemudian, Kerajaan Kemboja membalas tindakan itu dengan menurunkan hubungan diplomatiknya dengan Thailand ke tahap paling rendah.

Menurut laporan media hari ini, seorang warga awam Thailand terbunuh manakala tiga lagi, termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun, cedera parah susulan pertempuran antara tentera Thailand dan Kemboja di kawasan sempadan terbabit pada awal pagi Khamis.

Kedua-dua negara jiran di Asia Tenggara itu sudah lama berselisih faham mengenai sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum ditentukan dengan jelas, yang terus memburukkan hubungan diplomatik antara Kemboja dan Thailand.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Lokal

Isu pembatalan ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di Masjid Sri Sendayan pada Sabtu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya merupakan urusan...

Lokal

Seorang suami yang dalam perjalanan pulang bertemu isterinya menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Klebang Kecil, Melaka pagi Rabu. Hasrat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd