Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerajaan Kelantan Miliki Jongkong Emas RM51 Juta, Disimpan Sebagai Aset Negeri

Kerajaan Kelantan mengesahkan memiliki jongkong emas bernilai antara RM50 juta hingga RM51 juta yang disimpan sebagai aset rasmi negeri dan direkodkan dalam penyata kewangan kerajaan setiap tahun.

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, semua jongkong emas itu merupakan milik penuh kerajaan negeri dan disimpan dengan kawalan rasmi bagi tujuan rekod serta ketelusan fiskal.

Beliau menjelaskan, emas berkenaan tidak dimasukkan terus ke dalam Akaun Hasil Disatukan kerana negeri mengamalkan sistem belanjawan berasaskan tunai, yang hanya merekodkan urus niaga berbentuk tunai dalam tahun kewangan semasa.

jongkong emas

“Terimaan hasil dalam bentuk fizikal seperti jongkong emas akan dilaporkan dalam penyata kewangan kerajaan negeri setiap akhir tahun dan hanya diiktiraf sebagai hasil apabila dijual,” katanya.

Artikel lain: Poh Kong Perkukuh Strategi Hadapi Harga Emas Tinggi Dan Persaingan Sengit

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, kerajaan negeri melalui Perbendaharaan Negeri kini sedang meneliti cadangan untuk menjadikan jongkong emas tersebut sebagai sandaran bagi pinjaman kewangan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

“Ketika ini, polisi pinjaman Persekutuan menetapkan sandaran kepada semua pinjaman bernilai sama ada tanah atau emas. Maka, langkah ini menunjukkan kecekapan kerajaan negeri dalam mengurus aset secara mampan,” ujarnya.

jongkong emas

Dalam masa sama, Dr Mohamed Fadzli turut menafikan dakwaan kononnya beliau memperlekeh negeri lain dalam pengurusan hasil emas.

Katanya, penjelasan sebelum ini hanya berkaitan struktur hasil antara negeri, dan bukannya perbandingan yang berniat merendahkan mana-mana pihak.

“Di Kelantan, hasil perlombongan emas diagihkan dengan kadar 10 peratus kepada kerajaan negeri dan empat peratus kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), manakala negeri lain hanya antara lima hingga tujuh peratus,” jelasnya.

Beliau menegaskan, struktur itu membuktikan kerajaan negeri tidak mengetepikan kebajikan rakyat dan pelombong kecil, malah memastikan kekayaan hasil bumi diagih secara adil tanpa mengabaikan kepentingan fiskal kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
jongkong emas

Foto: Carian Google

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Kelantan turut membenarkan rakyat negeri ini mengusahakan perlombongan emas secara sah melalui kaedah mendulang di kawasan tertentu.

Menurut Dr Mohamed Fadsli, lesen khas akan dikeluarkan kepada penduduk tempatan bagi membolehkan aktiviti mendulang dijalankan di atas tanah kerajaan dengan syarat tertentu termasuk aspek keselamatan, kawalan alam sekitar dan rekod rasmi perlombongan.

“Kerajaan negeri mahu rakyat sendiri mendapat manfaat langsung daripada khazanah negeri dan boleh mendulang asalkan tidak menceroboh tanah syarikat atau kawasan berlesen,” katanya.

Jelas beliau, langkah itu membuktikan kesungguhan kerajaan negeri memastikan hasil bumi tidak hanya dinikmati oleh syarikat besar, sebaliknya turut memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati kekayaaan negeri secara adil dan bertanggungjawab.

Sumber: Sinar Harian 1 & Sinar Harian 2 (Adila Sharinni Wahid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd