Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kaunselor eHati Menangis, Mengaku Malu Dedah Anggota Badan Dalam Program Motivasi

Seorang kaunselor eHati menangis dan mengaku malu sebelum Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atas kesalahan mendedahkan anggota badan dalam sebuah program motivasi sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Tertuduh, Siti Zaama Rizal Boss, 49, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Dr Zainal Abidin Kusmin. Mahkamah turut memerintahkan beliau dipenjara satu bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Ketika prosiding, Siti Zaama yang kini tidak bekerja menangis dan memaklumkan kepada mahkamah bahawa perbuatannya dilakukan ketika sedang berdepan tekanan rumah tangga.

“Saya malu dengan diri sendiri, rasa rendah diri dan menanggung trauma yang kuat seorang diri.
“Saya cuma nak buang rasa malu dan meningkatkan keyakinan diri kerana ketika itu, saya menghadapi masalah rumah tangga sehinggakan tidak sedar telah melakukan kesalahan berkenaan,” katanya.

Kaunselor eHati Menangis

Beliau turut memaklumkan hanya mampu membayar RM500 memandangkan dia dan suaminya tidak bekerja.

Mengikut pertuduhan, Siti Zaama didakwa mendedahkan anggota badan sehingga boleh dilihat orang lain dengan cara yang dilarang hukum syarak di dalam sebuah dewan dalam pusat konvensyen di Shah Alam antara jam lapan malam hingga dua belas tengah malam pada 29 September 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesalahan itu dipertuduhkan mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwa Syarie Husaini Roslin berkata tujuan penganjuran program motivasi itu asalnya untuk membantu pasangan suami isteri memperbaiki hubungan rumah tangga namun tindakan tertuduh jelas melampaui batas.

“Itu matlamat awal penganjurannya namun ia tidak menghalalkan cara malah niat baik tidak boleh disusuli dengan perkara yang bertentangan dengan agama.
“Menyentuh isu tekanan perasaan dia sepatutnya memilih saluran yang betul dan bukannya menyertai program yang menyebabkan maruah aib wanita dan batasan aurat tidak dijaga meskipun sesama wanita,” katanya.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Syarie menasihatkan tertuduh agar lebih berhati hati dan tidak melakukan perkara yang boleh mencemarkan imej Islam.

“Islam merupakan pakaian dan cara hidup kamu malah agama yang menyelesaikan masalah penganutnya.
“Walaupun kamu mengalami masalah namun halal dan haram tidak boleh dilanggar kerana kamu mengaibkan diri sendiri,”ujarnya.

Artikel lain: Pengasas EHati ‘Cabut Lari’ Ke Luar Negara Sehari Sebelum Pertuduhan Mahkamah

Dalam prosiding sama, dua lagi kaunselor iaitu Munirah Hishamshah yang berusia 37 tahun serta Bushra Mohd Zaki yang berusia 41 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lokasi serupa antara jam dua tiga puluh petang hingga enam tiga puluh petang pada 30 September 2024. Munirah diwakili Peguam Syarie Mazli Abdul Muin manakala Bushra diwakili Peguam Syarie Yusfa Hanis Yusoff.

Kredit Foto: Aizat Zainal 16 Julai 2025

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 5 Mac tahun depan.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Lokal

Empat suspek yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes curi tabung di Masjid Kristal, Seksyen 7, Shah Alam mempunyai rekod jenayah dan dadah....

Sosial

Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen. Donat kosong seperti didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd