Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kandungan Penipuan Makin Mudah Lolos Di Media Sosial, Jurang Sistem Pengesanan Jadi Punca

Kandungan penipuan semakin mudah melepasi tapisan platform media sosial berpunca daripada kelemahan sistem pengesanan automatik serta kecerdasan buatan (AI) yang masih belum mampu mengekang serangan modus penipuan yang semakin rumit.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Koordinator Impak Penyelidikan UiTM Cawangan Selangor, Prof. Madya Dr. Farrah Diana Saiful Bahry berkata penipu sering menggunakan taktik yang menyerupai kandungan biasa termasuklah visual profesional, bahasa yang meyakinkan, dan teknik penyamaran akaun.

Katanya, jumlah kandungan yang terlalu besar menjadikan proses moderasi manual tidak mencukupi menyebabkan banyak kandungan penipuan lolos sebelum sempat ditapis.

Kandungan penipuan makin mudah lolos

Kandungan penipuan mudah lolos

“Setakat ini, sistem automatik syarikat hanya menyekat pengiklan berunsur penipuan atau diklasifikasikan palsu apabila tahap kepastian tentang penipuan mencapai sekurang-kurangnya 95 peratus,” katanya kepada Oh My Media.

Jelasnya lagi, penipu mampu menembusi sistem pengiklanan berbayar kerana semakan automatik platform hanya bertindak apabila tahap kepastian penipuan sangat tinggi, menyebabkan banyak iklan mencurigakan tetap diluluskan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siasatan antarabangsa turut mendedahkan platform memaparkan sehingga 15 bilion iklan berisiko tinggi sehari dan menjana sehingga USD16 bilion daripada iklan scam pada 2024, manakala Malaysia merekodkan lebih 18,000 kes e-dagang palsu melibatkan kerugian RM248 juta hanya dari platform utama.
“Data ini menunjukkan kelemahan moderasi iklan digital menjadi faktor utama iklan palsu kelihatan sah kepada pengguna,” ujarnya.

Kata Dr Farrah lagi, pengguna sering terperangkap kerana penipu bijak memanipulasi emosi manusia seperti rasa takut, tamak, simpati dan keinginan untuk peluang mudah.

Faktor psikologi seperti FOMO (fear of missing out), kepercayaan terhadap selebriti atau influencer palsu, serta persepsi bahawa sesuatu tawaran itu ‘terlalu mendesak untuk ditolak’ menguatkan pengguna bertindak tanpa berfikir panjang.

Artikel lain: MPBN Perkukuh Agenda Pembangunan Belia, Bahas Cadangan Baharu Demi Masa Depan Negara

Kandungan penipuan makin mudah lolos

Malah, lambakan maklumat yang sukar dihadam oleh pengguna media sosial membawa kepada keletihan maklumat menyebabkan mereka kurang berhati-hati walaupun kempen kesedaran mengenai scam telah banyak disebarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kekuatan pengaruh iklan penipuan moden juga bergantung pada keupayaannya memanipulasi emosi dan akal pengguna melalui pelbagai modus operandi terkini.
“Mengikut kajian yang diterbitkan pada 2025 di Journal of Information Systems Engineering and Management, faktor seperti tawaran ‘pendapatan mudah’, diskaun produk, pelaburan palsu serta ‘scammer yang berpura-pura dipercayai’ merupakan antara penyumbang utama kepada kejayaan penipuan,” ujarnya.

phishing – hands holding phone with incoming call from scammer

Sehubungan itu, orang ramai perlu lebih peka terhadap tanda-tanda amaran yang paling konsisten untuk mengenal pasti kandungan atau akaun penipuan di media sosial.

“Beberapa tanda amaran paling konsisten ialah mesej yang tiba-tiba tanpa diminta (unsolicited), mesej yang mendesak tindakan segera seperti ‘klik sekarang’ atau ‘offer tamat’, pautan luar atau URL mencurigakan, permintaan maklumat sensitif, serta akaun baharu dengan sedikit interaksi.
“Kesemua ini adalah kaedah scam moden,” tambahnya lagi.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd