Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kanak-Kanak Tujuh Tahun Lemas Masih Hidup, Bapa Terlepas Cakap Sudah ‘Tiada’

Kanak-Kanak Tujuh Tahun Lemas Masih Hidup,

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan lemas ketika mandi-manda di kolam sebuah rumah inap di Taman Kota Syahbandar, di sini, semalam, kini disahkan berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan.

Mangsa yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU), Hospital Melaka, mengalami kehilangan fungsi otak (brain death) akibat kejadian tragis tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, mangsa sedang dirawat secara intensif dengan sokongan mesin, namun menurut doktor, peluang untuk sembuh amat tipis.

“Doktor maklumkan kanak-kanak ini sudah tiada harapan dan kini hanya bergantung kepada bantuan pernafasan kerana otaknya telah mati,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi mangsa dan keluarganya di hospital hari ini.

Kanak-Kanak Tujuh Tahun Lemas Masih Hidup

Kalsom turut menjelaskan kenyataan awal bapa mangsa yang memaklumkan anaknya telah meninggal dunia berkemungkinan disebabkan trauma dan rasa kecewa yang amat mendalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mungkin sejak hari pertama kejadian lemas itu berlaku, bapa berasa terlalu sedih dan trauma lalu terlepas cakap. Kita harap isu ini tidak diperpanjangkan lagi,” katanya.

Beliau berkata, satu prosedur perubatan akan dilakukan esok bagi menentukan rawatan selanjutnya serta keputusan terbaik buat mangsa.

Katanya, kedua-dua ibu bapa mangsa juga meminta agar orang ramai tidak terus menyebarkan spekulasi, sebaliknya mendoakan keajaiban buat anak mereka.

“Bapanya sudah reda dan terima takdir ini, namun trauma tetap ada. Kami mohon semua pihak doakan agar diberi keajaiban,” katanya.

Dalam masa sama, Kalsom turut menyeru agar semua premis penginapan yang menyediakan kolam renang menyediakan petugas keselamatan seperti penyelamat atau lifeguard.

“Saya harap kejadian ini jadi pengajaran buat kita semua. Kanak-kanak sentiasa teruja untuk mandi kolam, dan dalam kes ini, mangsa dikatakan masuk ke kolam dewasa sekelip mata,” ujarnya.

Artikel lain: Kanak-Kanak Tujuh Tahun Meninggal Dunia Selepas 16 Jam Bertarung Nyawa Akibat Lemas

Sebelum ini, media melaporkan mangsa dipercayai lemas ketika mandi di kolam inap desa tersebut bersama keluarganya sebelum ditemui tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pagi ini, satu video dikongsikan oleh bapa mangsa di akaun TikTok miliknya menyatakan anaknya telah meninggal dunia, dan jenazah akan dibawa pulang ke Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor.

“Doakan cahaya mata kami ditempatkan bersama orang-orang beriman. Allah lebih menyayanginya. Jika tiada halangan, jenazah akan dikebumikan di Taman Rinting,” tulisnya.

Foto: Kosmo!

Bagaimanapun, pihak hospital masih belum mengesahkan kematian secara rasmi ketika kenyataan itu dimuat naik.

Sumber:  Kosmo! Online (Diyanatul Atiqah Zakarya)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Sosial

Syarikat bimbingan emosi wanita, eHati International Sdn Bhd menafikan semua dakwaan yang mengaitkan program anjurannya dengan penyebaran ajaran menyimpang, amalan bercanggah dengan Islam serta...

Sosial

Seorang pemain golf meluahkan rasa kecewa apabila tidak dibenarkan bermain di sebuah kelab golf di Bukit Rotan, Selangor hanya kerana tampil lebih sopan mengenakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd