Bagi kebanyakan ibu bapa, pertandingan mewarna bukan sekadar aktiviti hujung minggu. Ia cara untuk memberi ruang kepada anak-anak menonjolkan bakat dan rasa yakin dengan hasil kerja sendiri.
Begitu jugalah dengan Puan Nia, yang sejak kebelakangan ini sering membawa anaknya menyertai pelbagai pertandingan seni.
Namun, kegembiraan itu bertukar menjadi rasa kecewa selepas pertandingan mewarna yang disertainya baru-baru ini meninggalkan pengalaman pahit.
Artikel lain: “Buku Tu Cuma RM2, Tapi Nilainya Besar” – Ibu Luah Rasa Kecewa, Buku Anak Dikoyak Guru Ganti
Menerusi perkongisannya di TikTok, sebaik keputusan diumumkan, ramai ibu bapa mula tertanya-tanya apabila karya yang memenangi tempat pertama dilihat tidak begitu menonjol berbanding lukisan lain, termasuk milik anaknya sendiri.
Puan Nia pada mulanya hanya mahu berdiam diri, sehinggalah dia mendengar alasan yang diberikan pihak penganjur yang mendakwa lukisan anaknya ‘terlalu cantik’ untuk dihasilkan oleh kanak-kanak kecil.
“Mereka kata kalau tahap warna dah macam ni, boleh dibatalkan penyertaan. Saya terus terkedu,” katanya.
Lebih mengejutkan, penganjur turut menuduh mungkin ada ibu bapa yang membantu semasa proses mewarna dijalankan. Tuduhan itu nyata tidak masuk akal bagi Puan Nia kerana sepanjang pertandingan berlangsung, para juri dan panitia sentiasa memantau setiap peserta dari awal hingga tamat.
“Macam mana boleh cakap kalau warna cantik mesti sebab orang tolong, tapi kalau tak cantik baru dianggap usaha sendiri?” ujarnya.
Pertandingan yang disertai kira-kira 25 murid tadika itu sepatutnya menjadi aktiviti menyeronokkan, namun kini bertukar menjadi isu yang mengecewakan.
Bagi Puan Nia, dia bukan hanya kecewa kerana anaknya tidak menang, tetapi kerana penilaian yang dirasakan tidak adil dan prejudis terhadap kebolehan kanak-kanak.
“Saya percaya ramai anak kecil memang berbakat dan berlatih dari awal. Tak semua hasil cantik tu sebab orang lain yang bantu,” jelasnya.
Puan Nia berharap pihak penganjur dapat lebih terbuka dan adil dalam menilai penyertaan supaya semangat kanak-kanak untuk berkarya tidak pada hanya kerana mereka dianggap terlalu pandai/
Sumber: TikTok @nailabitania







































