Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jurusolek Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Cabul Pelakon Lelaki

Seorang jurusolek lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang pelakon lelaki di dalam salun miliknya, pada 17 Januari lalu.

Memetik laporan MalaysiaGazette, tertuduh Saril Sarip, 42, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Haderiah Siri.

Jurusolek nafi dakwaan hisap ‘anu’ seorang pelakon lelaki

Jurusolek nafi

Foto: MalaysiaGazette

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan cara memasukkan kemaluan mangsa yang berusia 18 tahun ke dalam mulutnya tanpa kerelaan dengan meletakkan ketakutan kepada mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 4.15 petang di sebuah premis bernombor di Taman Tasik Utama dalam daerah Melaka Tengah pada 17 Januari lalu.

Jika tertuduh disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan hendaklah juga disebat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Jurusolek nafi

Foto: Kosmo! Online

Artikel lain: Lelaki Didakwa Lakukan Hubungan Luar Tabii, 10 Pertuduhan Perkosa Remaja Bawah Umur

Advertisement. Scroll to continue reading.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ali Hussain mencadangkan jaminan RM 10,000 beserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan melapor diri di Balai Polis Durian Tunggal sekali sebulan.

Peguam L. Sharveen yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah kerana anak guamnya memiliki kedai gunting rambut dengan pendapatan antara RM2,000 dan RM2,500 sebulan selain menjaga kakak yang tidak bekerja serta ibu yang uzur.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan dipohon pendakwaan dan menetapkan 24 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Sumber: MalaysiaGazette

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Tindakan personaliti media sosial, Prince Syed tampil menjelaskan detik cemas dilalui yang menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai kediamannya dalam satu siaran langsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd