Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bukan Setakat Murah! Jualan Rahmah MADANI Jadi Penyelamat Bulanan Rakyat

Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) bukan sahaja inisiatif jualan murah tetapi juga menjadi penyelamat bulanan buat rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup khususnya golongan berpendatan rendah dan sederhana.

Hasrul Hashim, 38, dari Ampangan berkata program berkenaan memberi kelegaan besar kepadanya dalam menguruskan perbelanjaan keluarga terutama ketika harga barangan asas di pasaran semakin tinggi.

Jualan Rahmah MADANI

Jualan Rahmah MADANI

“la bukan semata-mata jualan murah, tetapi penyelamat bulanan dan ini kali kedua saya ke program Jualan Rahmah. Kali pertama saya ke sini, saya teruja kerana harga barangan ditawarkan lebih murah berbanding yang biasa saya beli.
“Saya boleh jimat hingga 60 peratus menerusi jualan ini. Jadi saya harap kerajaan akan buat secara berterusan dan diperluas ke semua tempat,” katanya yang bekerja sebagai kontraktor ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Mariam Abdul Kadir, seorang suri rumah berusia 68 tahun pula berkata program jualan itu bukan sahaja membantu dari segi kewangan tetapi juga menjimatkan masa dan tenaga kerana lokasi yang lebih dekat serta mudah diakses.

“Jualan ini pula diadakan berdekatan dengan kedai makan, jadi kebetulan datang sarapan ke sini, saya terus beli barang di sini. Dari jauh tengok papan tanda harga, memang jauh lebih murah dengan pelbagai barangan, macam-macam beli telur, sardin dan tepung,” katanya.

Artikel lain: Tegur Remaja Bawa Motosikal Laju, Warga Emas Maut Dipukul Dengan Cota Besi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jualan Rahmah MADANI

Peniaga kedai makan kecil-kecilan, Zalina Yeon, 65, berkata program itu bukan sahaja membantu golongan kurang berkemampuan malah memberi peluang kepada peniaga kecil dan sederhana memberi barangan keperluan jualan pada harga lebih rendah.

“Memang saya selalu ke program yang diadakan di kawasan sekitar. Saya tengok harga, kalau berpatutan memang saya beli dan memang jualan ini tawarkan harga rendah, bila kita beli barang mentah pada harga murah, kita boleh jual makanan dengan murah juga,” katanya.

PJRM anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diadakan di Dataran Ampangan bermula 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu menawarkan antaranya ayam segar pada harga RM7 sekilogram (kg), telur gred B (RM9), minyak masak 5kg (RM25) dan tepung gandum 1kg (RM2.50).

Sementara itu, Pengarah KPDN Negeri Sembilan Muhammad Zahir Mazlan berkata sebanyak RM51.95 juta nilai jualan PJRM telah direkodkan menerusi 21 siri membabitkan 732 program di seluruh negeri bagi tempoh Januari hingga minggu ini.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pasukan Dart Kebangsaan Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat kemenangan sulung dalam penampilan mereka di pentas Piala Dunia Dart 2025. Malaysia membuka kempen dengan...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila mengetahui suaminya bernikah kali kedua dengan wanita lain ketika sarat hamil tujuh bulan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd