Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

BUDI95 : JPJ Lanjut Waktu Operasi Kaunter Hujung Minggu, Mudahkan Urusan Perbaharui Lesen

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melanjutkan waktu operasi kaunter pada hujung minggu di seluruh negara bermula 27 September hingga 26 Oktober depan.

Menurut laporan Sinar Harian, langkah ini bertujuan memberi lebih ruang kepada orang ramai memperbaharui lesen memandu tanpa perlu terikat dengan masa bekerja

jpj

Foto: BH

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, inisiatif itu dilaksanakan selaras dengan pelaksanaan program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel baharu: Lesen Belum Tamat Tempoh, Pemandu Kesal Disaman Akibat Aplikasi MyJPJ Tak Berfungsi

“Mulai tarikh berkenaan, kaunter lesen memandu dan kaunter pelbagai akan dibuka setiap Sabtu dan Ahad dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di semua pejabat negeri dan cawangan JPJ,” katanya.

Beliau menjelaskan, penambahan waktu operasi ini memberi fleksibiliti kepada orang ramai, terutamanya mereka yang berdepan kekangan untuk hadir pada hari bekerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

JPJ turut merekodkan seramai 2.3 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) kini dalam status tidak aktif kerana tamat tempoh lebih tiga tahun, manakala 15.2 juta lagi masih memegang lesen aktif.

jpj

Bagi pemegang lesen yang telah tamat tempoh melebihi tiga tahun, mereka diwajibkan menduduki semula ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) Bahagian 2 dan 3 di institut memandu untuk mengaktifkan semula lesen.

Sebaliknya, bagi lesen yang tamat tempoh kurang tiga tahun, pembaharuan boleh dibuat dengan lebih mudah sama ada melalui aplikasi MyJPJ, portal mySikap atau kiosk tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Diharapkan orang ramai dapat memanfaatkan kemudahan ini, selain memastikan pematuhan undang-undang jalan raya dengan memiliki lesen memandu yang sah,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd