Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita.
Aktor yang juga model berusia 26 tahun itu memaklumkan kontroversi hangat melibatkan kenyataan dalam satu audio siar hanyalah satu gurauan dan rekaan semata-mata.
“Saya hanya bergurau dalam podcast (audio siar) itu, sumpah.
“Saya hilang beberapa kerjasama dengan jenama-jenama besar kerana cerita itu,” katanya.
Jefri Nichol Masih Teruna
Dalam masa sama, pelakon filem Dear Nathan itu turut memberitahu bahawa dia belum pernah melakukan hubungan intim sepanjang dalam dunia lakonan.
“Semua yang saya katakan mengenai wanita itu adalah bohong, saya masih teruna,” ujarnya.
Artikel lain: Jefri Nichol Bersuara Pentingnya Pendidikan Seks Sejak Peringkat Sekolah Lagi
Sebelum ini, teman lelaki kepada pempengaruh Ameera Khan itu mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka berkongsi tentang kehidupan seksualnya yang melampau.
Menurut bintang film ‘Jakarta vs Everybody’ pada ketika itu, Jefri mengaku bahagian tubuh wanita yang paling menarik perhatiannya adalah punggung dan menyatakan bahawa dia berangan untuk melakukan one night stand dengan gamer dan pencipta kandungan, Catheez.
Disebabkan itu, Jefri menerima pelbagai kecaman sekali gus memberi tempias kepada kekasihnya, Ameera Khan.
Sumber: TikTok atyyyyyyyyyyyyy
