Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Jatuhkan Kerajaan, Sanusi Akui PN Sentiasa Mencuba

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akui pihaknya sentiasa mencuba untuk jatuhkan kerajaan sedia ada.

Menurut laporan Malaysiakini, Sanusi berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh ditumbangkan melalui ‘proses demokrasi’ yang dibenarkan dalam perlembagaan.

Foto: Utusan Malaysia

Sanusi menyatakan bahawa tindakan kerajaan menerima sokongan lima ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini adalah digambarkan sebagai mengikut perlembagaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, baginya tindakan PN untuk menarik sokongan ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) juga boleh dianggap sama.

“Kalau kerajaan boleh ambil lima, jika kita ambil sepuluh ahli parlimen kerajaan, takkan mereka marah? Tentulah boleh.
“Kita PN sentiasa mencuba, manakala pihak satu lagi sentiasa bertahan. Macam lawan bola, takkan mereka saja nak score, kita pun nak score juga,” katanya.

Pengerusi PN Kedah itu berkata dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan berkenaan gerakan menggulingkan kerajaan yang digelar sebagai Langkah Dubai.

Artikel lain: Ahmad Zahid Mengaku Terima Laporan Risikan ‘Langkah Dubai’

Advertisement. Scroll to continue reading.

Langkah tersebut didakwa disertai oleh beberapa pemimpin PN serta ahli parlimen kerajaan yang dibincangkan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Namun begitu, PN dan beberapa ahli parlimen BN yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan pembangkang menafikan penglibatan mereka dalam gerakan ini.

Malah, beliau berkata kerajaan telah menggunakan peluang daripada kelompongan akta antilompat parti semasa menerima sokongan ahli parlimen PN bagi kawasan Kuala Kangsar, Labuan, Gua Musang, Jeli dan Bukit Gantang.

Sanusi akui sentiasa mencuba jatuhkan kerajaan

Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya rasa apa-apa langkah yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan boleh dijalankan,” ujarnya.

Tambahnya, Langkah Dubai lebih sesuai digelar ‘Langkah Chow Kit’ kerana perbincangan menjatuhkan kerajaan sebenarnya sudah lama berlangsung sejak di Kuala Lumpur.

“Bukan Langkah Dubai, tapi Langkah Chow Kit, pasal perbincangan di buat di Kuala Lumpur.
“Saya rasa Dubai itu cuma helah saja, sebab ramai orang pergi ke Dubai untuk bercuti,” seloroh Sanusi.

Walau bagaimanapun, Sanusi enggan memberikan pengesahan ketika diminta mengulas lebih lanjut berkenaan perkara tersebut.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan bahawa keyakinan kerajaan perpaduan tidak boleh bertahan sehingga tamat penggalnya atau sehingga pilihan raya umum ke-16 dijalankan.

“Insyallah berlaku, saya yakin akan berlaku dan kerajaan hari ini tidak akan bertahan selama lima tahun,” tegasnya.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd