Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Jalani Sidek Tak Berminat Jawatan Presiden BAM – “Saya Selesa Ikut Misbun”

Sebaik sahaja namanya terpalit dalam calon presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), bekas pemain beregu lelaki negara, Datuk Seri Jalani Sidek memaklumkan dia masih belum bersedia untuk mengisi jawatan tersebut.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Jalani mengakui tidak mudah untuk menggalas jawatan tersebut memandangkan banyak perkara yang harus diambil kira.

Difahamkan,  presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan akan meletakkan jawatan tersebut pada hujung tahun ini dimana lebih awal daripada perancangan asal iaitu selepas tamat Sukan Olimpik Paris 2024.

“Saya tidak menidakkan apa yang netizen katakan, tetapi untuk saya menerajui satu persatuan besar ini banyak perkara yang harus diambil kira, kalau kelab mudah.
“Contohnya idea yang dilontarkan presiden, bukan semua ahli lembaga bersetuju.
“Buat masa sekarang saya lebih selesa ikut Datuk Misbun buat program pembangunan, untuk cari pemain di luar sana, kami ingin membantu mereka.
“Kalau untuk menerajui BAM, saya tahu saya berdiri di mana,” jelas Jalani.

Dalam pada itu, calon-calon untuk mengisi kekosongan jawatan presiden BAM masih belum didedahkan kepada umum walaupun Norza sudah mempunyai empat hingga lima nama sebagai penggantinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Meja Sukan)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama isteri pempengaruh media sosial Haqiem Stopa, Aireena Sofia Zakaria, turut terpalit dalam kontroversi apabila didakwa bersubahat dengan isu meniru resepi daripada sebuah kafe...

Lokal

“Dia kawan daddy.” Itulah alasan yang terpacul dari mulut seorang lelaki selepas didakwa kantoi dengan isterinya ketika sedang menemani seorang wanita di sebuah klinik....

Lokal

Pengarah animasi Ejen Ali, Andi Abdul Ghani Kadir, yang ditemui meninggal dunia di tepi sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah pada Rabu. Jasad pengarah...

Lokal

Jalan Pantai Batu Rakit di laluan T145 berhampiran Kampung Tanjung yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap Oktober depan, dilaporkan runtuh semula pada malam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd