Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Tidak Patuhi Peraturan, InDrive Dan Maxim Diarah Hentikan Operasi Bermula 24 Julai

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah menghantar surat mengarahkan pemberhentian operasi dua aplikasi e-hailing dari Rusia yang didakwa dijalankan secara haram iaitu InDrive dan Maxim, berkuat kuasa 24 Julai ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

InDrive dan Maxim

InDrive dan Maxim

“Berkuat kuasa 24 Julai ini, operasi InDrive dan Maxim perlu dihentikan daripada beroperasi di negara ini.
“Dua syarikat e-hailing berkendan boleh membuat rayuan namun rayuan itu hanya boleh diputuskan saya selaku Menteri Pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pembukaan Semula Landasan untuk Operasi Perkhidmatan Kargo Pasir Gudang-Kempas Baru, dekat sini, hari ini.

Isnin lepas, Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia dilaporkan menggesa kerajaan melaksanakan penguatkuasaan tegas terhadap kedua-dua aplikasi e-hailing tersebut termasuk menyekat akses platform itu kerana menawarkan perkhidmatan tanpa mematuhi peraturan di bawah akta sedia ada.

InDrive dan Maxim

Persatuan itu mendakwa antara ketidakpatuhan aplikasi berkenaan adalah tidak memastikan pemandu mereka memiliki Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah seperti yang diwajibkan oleh undang-undang Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, terdapat juga dalam kalangan pemandu kedua-dua aplikasi berkenaan didakwa tidak memiliki insurans e-hailing dan tidak melakukan pemeriksaan kenderaan seperti terma dan syarat ditetapkan.

Menurut APAD, dua syarikat e-hailing itu didapati melanggar syarat pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) termasuk memastikan semua kenderaan di bawah platform mereka beroperasi dengan Permit Kenderaan E-hailing (EVP) yang sah iaitu satu daripada syarat utama dalam Lesen Pengendali Individu (IBL mereka.

Pelanggaran itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 12D(1) (a) akta tersebut yang memberikan kuasa kepada APAD untuk membatalkan lesen mana-mana pengendali yang melanggar syarat-syarat ditetapkan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd