Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Indonesia Perkenal Reka Bentuk Pasport Baharu, Tampil Warna Kebangsaan Merah Dan Putih

Republik Indonesia (RI) memperkenalkan reka bentuk passport baharu dengan tampilan warna kebangsaan merah dan putih pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Kompas.com, Ketua Pengarah Imigresen Silmy Karim berkata, tampilan baharu tersebut menggantikan warna hijau kebiruan yang telah digunakan sejak 2014 selain reka bentuknya terdiri daripada 33 motif kain Nusantara.

Foto: Komsas.com

“Warna merah dan putih melambangkan simbol perpaduan bangsa, kehormatan, dan sejarah perjuangan bangsa, keberanian, serta kesucian.
“Dari segi tampilan, reka bentuk lembaran passport menggunakan motif kain khas setiap daerah di Indonesia dan motif tersebut akan berubah bentuk apabila dilihat dengan sinar UV,” katanya.

Beliau berkata, tujuan perubahan reka bentuk passport RI itu bagi memperkuatkan lagi kedudukannya yang kini berada di ranking ke-69 sebagai passport terkuat di dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

“Ini merupakan langkah untuk menguatkan passport Indonesia, juga bertujuan mencegah terjadinya pemalsuan dokumen perjalanan.
“Kombinasi ciri keselamatan bahan baku dan teknologi pencetakan baru menjadi perhatian utama bagi memastikan bahawa passport dapat digunakan untuk melakukan perjalanan antarabangsa,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (HAM) Yasonna Laoly berkata, passport bukan sahaja digunakan sebagai dokumen perjalanan, tetapi juga sebagai cerminan identiti dan kebanggaan bagi sesuatu negara.

Foto: Komsas.com

“Dengan pelaksanaan teknologi keselamatan terkini, passport baharu ini diharap mampu memberikan perlindungan maksimum kepada para pemegangnya,” katanya.

Perubahan reka bentuk, warna dan tampilan passport RI itu merupakan kali keempat sejak 1945 lalu dimana sebelum ini menggunakan warna kelabu (1945-1958) kepada warna biru (1959-1982), berganti menjadi hijau (1995) sebelum menjadi biru kehijauan pada 2014.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kompas.com

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd