Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Projek Kampung Sg Baru: Individu Dakwa Rafidah Ibrahim Pentingkan Diri, Sengaja Cetus Provokasi

Individu Dakwa Rafidah Ibrahim Pentingkan Diri

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan.

Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik hartanah yang telah menandatangani persetujuan sejak 2018, selaras dengan majoriti penduduk yang menyokong projek berkenaan.

“Rumah saya di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru. Terlibat sekali dengan projek tengah kecoh sekarang. Sebelah Saloma Link. Jalan kaki saja ke KLCC dan LRT Kampung Baru.
“Saya ikut majoriti penduduk saja. Mereka setuju untuk bekerjasama dengan pemaju, saya ikut je,” katanya.

Artikel lain: Khalid Samad Tuntut Rafidah Ibrahim Tarik Balik Dakwaan Isu Kampung Baru

Dakwanya, lebih 70 peratus pemilik menandatangani persetujuan pada sekitar 2018 hingga 2019, manakala kerajaan kemudiannya menggunakan Akta Pengambilan Tanah pada 2021 untuk merealisasikan projek tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Ishaq, hasrat penduduk untuk memajukan semula kawasan itu bermula sejak 2016 selepas melihat kejayaan projek pembangunan semula Flat Kerinchi menjadi Kerinchi Residence.

“Walaupun hartanah saya landed tapi saya setuju juga untuk buat pembangunan semula.
“Sedih tengok makcik pakcik duduk rumah flat uzur 1 bilik-2 bilik. Dengan proposal projek baru, setiap owner akan dapat kondominium dua pintu. Satu pintu boleh disewakan dan satu lagi boleh duduk sendiri,” jelasnya.

Individu Dakwa Rafidah Ibrahim Pentingkan Diri

Katanya, pulangan daripada projek baharu lebih menguntungkan kerana kadar sewa di kawasan itu mencecah RM2,000 hingga RM2,500 bagi sebuah unit studio, berbanding rumah flat lama yang hanya mampu disewakan sekitar RM800 hingga RM1,200 sebulan.

Bagaimanapun, Ishaq mendakwa pelakon dan aktivis, Rafidah Ibrahim, cuba menggagalkan projek tersebut dengan menghasut pemilik tanah agar tidak berganjak.

“Saya buat status sebab harini ada provokasi dari Rafidah yang menghasut pemilik untuk tidak berganjak.
“Usaha untuk mengagalkan projek ni. Jelas nampak pentingkan diri. Ada 300 lebih pemilik sedang menunggu projek dijalankan secepat mungkin,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya benar Rafidah mahu memperjuangkan kepentingan orang Melayu, tindakan sepatutnya adalah mendesak pemaju menyiapkan projek dengan segera serta memastikan pemilik mendapat manfaat, bukan cuba mensabotaj.

“Bak kata Dato Johari, pembangunan Kampung Sungai Baru ni mustahil dah untuk diundur balik. Rumah dan flat 70 peratus sudah roboh.
“Sekarang ni tugas kita untuk pastikan pemaju deliver apa yang dijanjikan, bukannya sabotaj. Kesian makcik pakcik terkandas di rumah transit sudah empat lima tahun menunggu,” ujarnya.

Tegasnya adalah mustahil untuk membatalkan projek tersebut kerana sebahagian besar rumah telah dirobohkan, sementara ramai penduduk masih menunggu di rumah transit sejak beberapa tahun lalu.

“Saya pun tiada jawapan mengenai rancangan Rafidah yang sebenarnya. Mohon kongsi perkongsian saya.
“Tak berbaloi kita nak merusuh sebab fitnah dan maklumat palsu,”tegasnya lagi.

Sumber: FB Ishaq Marazi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peguam berjiwa rakyat yang dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung...

Sosial

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd