Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

“Saya Kurang Sihat..”- Iman Aliff Tetap Kebal, Tewaskan El Jamari Di Pentas ONE Championship

Iman Aliff Tetap Kebal

Meskipun keadaan kesihatan kurang memuaskan, atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib membuktikan jiwa juangnya di pentas dunia apabila melakar kemenangan keempat berturut-turut dalam ONE Championship, sebentar tadi.

Beraksi dalam kategori strawweight muay thai pada ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Alif, 21, menampilkan aksi agresif sepanjang tiga pusingan sebelum diumumkan menang menerusi keputusan sebulat suara ke atas petarung Maghribi, Elmehdi El Jamari.

Iman Aliff Tetap Kebal

Walaupun berdepan masalah kesihatan menjelang pertarungan, Alif tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk mengendurkan asakan.

Sebaliknya, dia tampil bertenaga dan penuh taktikal, menguasai hampir keseluruhan pertarungan dengan kombinasi pukulan dan tendangan yang konsisten.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya kurang sihat hari ini, jadi saya terpaksa ubah perancangan. Tapi saya cuba untuk tetap menghiburkan penonton hari ini,” kata Alif selepas diumumkan sebagai pemenang.

Artikel lain: Seorang Lagi Atlet Muda Muaythai Negara Peroleh Kontrak One Championship

Kemenangan itu adalah yang keempat berturut-turut buat Alif sejak Ogos tahun lalu, termasuk kejayaan bergaya menerusi knockout di pusingan pertama ke atas wakil Russia, Shamil Adukhov pada 8 Februari lalu.

Sejak menyertai ONE Championship pada April 2023, Alif kini mengumpul lapan kemenangan daripada 10 pertarungan yang merupakan satu rekod membanggakan untuk petarung muda negara itu.

Kejayaan Alif turut menjadi penawar kepada kekecewaan peminat muay thai tanah air selepas rakan senegara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, tewas kepada petarung Colombia Amerika, Diego Paez menerusi keputusan split decision dalam pertarungan lebih awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: IG Iman Aliff

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Sosial

Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja mencuri tumpuan tempatan malah turut mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia yang tampil menyatakan solidariti dengan cara tersendiri. Indonesia...

Nasional

Negeri Sembilan menerima pengiktirafan sebagai Negeri Paling Progresif di Malaysia untuk tahun 2024 melalui anugerah The International Business Review (IBR) ASEAN Awards 2025. Menteri...

Politik

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd