Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Zara Qairina Dalam Keadaan Sangat Tertekan, Perlukan Sokongan Bukan Tambah Tekanan

Ibu Zara Qairina Dalam Keadaan Sangat Tertekan

Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, yang dikaitkan dengan dakwaan insiden buli di sebuah sekolah di Papar, tampil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang, semalam, bagi membantu siasatan semula kes kematian anaknya.

Proses memberi keterangan berlangsung selama lebih empat jam dan wanita berkenaan, Noraidah Lamat, memberikan kerjasama penuh sepanjang sesi itu dijalankan oleh pegawai penyiasat.

Peguam mewakili keluarga, Hamid Ismail berkata, walaupun siasatan mengambil masa yang panjang, pihak polis memberikan ruang kepada anak guamnya untuk berehat selepas selesai memberi keterangan, sebelum menyambung komitmen di Balai Polis Karamunsing hari ini.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan beliau memberikan kerjasama sepenuhnya
“Ini adalah satu proses penting dalam usaha melengkapkan siasatan semula kes ini,” katanya ketika ditemui media di luar perkarangan Balai Polis Karamunsing, petang tadi.

Ibu Zara Qairina Dalam Keadaan Sangat Tertekan

Hamid berkata, siasatan kini diteruskan selepas kertas siasatan dikembalikan oleh Jabatan Peguam Negara kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Artikel lain: G57 Taja Umrah Buat Ibu Zara Qairina Sebagai Sokongan Emosi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai menghentikan penyebaran spekulasi liar serta teori tidak berasas yang hanya memburukkan keadaan dan mengganggu emosi keluarga mangsa.

“Noraidah kini dalam keadaan sangat tertekan.
“Sebagai ibu yang kehilangan anak, dia perlukan ruang, doa dan sokongan, bukan serangan atau tekanan emosi tambahan,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara menyerahkan semula laporan penuh siasatan awal kes kematian Zara kepada pihak polis untuk pelengkap siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro  (Juwan Riduan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat seorang anak muda untuk menghadiahkan coklat kepada anak-anak Gaza akhirnya tidak kesampaian, apabila beliau bersama 16 aktivis Malaysia lain ditahan oleh IDF ketika...

Nasional

Lebih 200 ilmuwan dari dalam dan luar negara bakal berkumpul di Persidangan Agung Karya Agung Melayu (PAKAM 2025) yang akan berlangsung di Putrajaya, pada...

Sosial

Terkini, sebuah lagi kapal yang berlayar dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa dua aktivis Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dan Muhammad...

Sosial

Doa seorang sukarelawan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs, agar rakyat Palestin dikurniakan rezeki, menjadi nyata apabila tular video...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd