Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Maut Digilis, Anak Cedera Ketika Cuba Mencelah Antara Dua Lori

Cubaan seorang anak untuk mencelah di antara dua lori berakhir tragedi apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan, menyebabkan ibunya maut digilis dalam kejadian di Kilometer (KM) 55.6 Jalan Batu Pahat–Mersing, di sini, petang Selasa.

Ibu maut digilis, anak tak lepas mencelah lori

maut digilis

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, dalam kejadian sekitar jam 3.15 petang itu, mangsa berusia 59 tahun membonceng motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang anak lelakinya, 32, sebelum terjatuh di atas jalan.

Artikel lain: Hasrat Pulang Bertemu Isteri Berakhir Tragedi, Lelaki Maut Digilis Lori

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, siasatan awal mendapati motosikal itu datang dari arah Baru 4 menghala ke pusat bandar sebelum cuba mencelah di antara lori Isuzu dan sebuah lagi lori lain.

maut digilis

Foto: Sinar Harian

“Ketika cuba mencelah, motosikal tersebut hilang kawalan dan terjatuh. Penunggang sempat terjatuh di atas jalan manakala ibunya pula jatuh ke bahagian tayar belakang lori sbeelum digilis dan maut di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mangsaa mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan dada manakala anaknya cedera di tangan serta kaki dan kini dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

maut digilis

Foto: Sinar Harian

Beliau berkata, pemandu lori berusia 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

maut digilis

“Orang awam yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-7784222 atau hotline 07-7766822,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pempengaruh media sosial terkenal, Bengah, kini menjadi perhatian selepas didakwa memalukan isterinya ketika bersiaran langsung di media sosial baru-baru ini. Cik Bunga dakwa dimalukan...

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd