Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dakwa Maklumat Unsur Kesalahan Tidak Cukup, Ibu Bapa Zayn Rayyan Mohon Dibebaskan Serta-Merta

Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta merta terhadap Mahkamah Tinggi Shah Alam pad Selasa lalu atas pertuduhan mengabai kanak-kanak autisme itu.

Memetik laporan Sinar Harian, Zaim Ikhwan dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf selaku pemohon membuat permintaan berkenaan dalam notis usul difailkan menerusi Tetuan Wong & Co dengan menamakan pihak pendakwaan sebagai responden.

Ibu Bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta

Ibu Bapa Zayn Rayyan Mohon Dibebaskan

Berdasarkan notis usul terbabit, pasangan berusia 30 tahun itu memohon kes berkenaan dibatalkan dengan alasan pertuduhan yang dibuat pada 13 Jun 2024 tidak mendedahkan sebarang kesalahan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

Malah, mereka mendakwa ia tidak mengandungi maklumat yang mencukupi mengenai unsur-unsur kesalahan yang didakwa dilakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Oleh itu, kedua-dua tertuduh selaku pemohon telah diprejudiskan dengan serius sekali gus menjadikan pertuduhan jenayah tersebut sebagai satu penyalahgunaan proses mahkamah,” kata dokumen yang diperoleh media di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Khamis.

Menerusi afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, mereka mendakwa bahawa tidak menemui butiran mengenai kesalahan yang didakwa telah dilakukan.

Menurut mereka, ketiadaan fakta penting ini menyebabkan mereka tidak dapat memberi arahan kepada peguam sehingga menyebabkan mereka tidak tahu cara untuk mempertahankan diri.

“Susulan itu, kami tidak tahu cara untuk mempertahankan diri, menyebabkan kami gagal menyediakan pembelaan,” ujarnya dalam afidavit sokongan yang diperoleh daripada pihak pembelaan.

Menurut pemohon, pertuduhan itu tidak mematuhi Seksyen 153 dan 154 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) menyebabkan mereka tidak diberi hak perlembahaan untuk perbicaraan adil di bawah Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Semasa prosiding di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Khamis, Peguam, Haresh Mahadevan yang mewikili Zaim Ikhwan dan Ismanira mengesahkan sudah menyerahkan notis usul itu kepada Mahkamah Tinggi dan Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui e-mel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel penuh: AGC Tolak Representasi Ibu Bapa Zayn Rayyan, Pertuduhan Tetap Dibicarakan

Justeru, beliau meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan yang ditetapkan bermula 3 Februari depan disamping menyifatkan kes di Mahkamah Sesyen sia-sia jika perbicaraan diteruskan tanpa keputusan Mahkamah Tinggi.

Mendengar maklumat itu, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin mengesahkan telah menerima permohonan daripada pihak pembelaan.

Pendakwaan berpendapat, notis itu perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum prosiding bermula dan menyerahkan kepada mahkamah berhubung tarikh-tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 3 hingga 7 Februari depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dakwa maklumat unsur kesalahan tak cukup, ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan

“Permohonan berkenaan dimasukkan dua hari lepas maka ia tidak sempat didengar dalam masa terdekat.
“Kami serahkan kepada mahkamah berhubung tarikh-tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 3 hingga 7 Februari depan,” katanya.

Selepas mendengar permohonan terbabit, Hakim Dr Syahlizah Warnoh menetapkan 28 Januari ini bagi pengurusan kes untuk status permohonan notis itu.

Pada 13 Jun tahun lalu, pasangan suami isteri ini mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan, bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai sudah tiga hari tidak keluar ditemui meninggal dunia di sebuah rumah kedai dihuninya. Penemuan jasad itu mengejutkan orang ramai...

Lokal

Kerajaan Pahang nafi langgar perintah mahkamah dan ia sekaligus menyangkal dakwaan Save Musang King Alliance (SAMKA) yang menyatakan bahawa kerajaan negeri telah melanggar perintah...

Lokal

TYMBA Education Group dilantik secara rasmi sebagai Institusi Pembelajaran dan Latihan Diluluskan (ALTI) oleh Yayasan Peneraju di bawah Skim Pembiayaan Baharu, khusus bagi kelayakan...

Sosial

Pendedahan yang dibuat oleh akaun Malaysia Fight League (MFL) berkenaan tindakan pengurus rumah anak yatim disyaki kurung dan memberi makanan rosak kepada penghuni telah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd