Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Himpunan Turun Anwar: PAS Tawar Khidmat Guaman Untuk Penjawat Awam Jika Dikenakan Tindakan

PAS menyatakan kesediaan untuk menyediakan bantuan guaman kepada penjawat awam sekiranya mereka dikenakan tindakan kerana menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa hak untuk berhimpun adalah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak sepatutnya dinafikan, termasuk kepada penjawat awam.

himpunan turun anwar

Foto: Sinar Harian

“Hak rakyat untuk berhimpun dijamin oleh Perlembagaan negara. Maka, tidak seharusnya wujud peraturan lain yang bercanggah dengan hak itu. Walaupun mereka penjawat awam, mereka masih berhak untuk menyuarakan tuntutan melalui perhimpunan,” katanya.

Menurut beliau, sebelum ini juga terdapat kumpulan penjawat awam seperti doktor yang pernah mengadakan perhimpunan tanpa dikenakan tindakan drastik.

Artikel lain: 15,000 Dijangka Sertai Himpunan Turun Anwar, Polis Kerah 2,000 Anggota Kawal Keselamatan

“Jika berlaku sebarang tindakan terhadap penjawat awam yang terlibat, insya-Allah PAS dan parti-parti lain bersedia memberikan bantuan guaman,” kataya selepas Ceramah Pra Himpunan Turun Anwar peringkat Negeri Sembilan, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua peserta himpunan agar mematuhi garis panduan yang didtetapkan dan tidak terlibat dengan sebarang unsur provokasi atau membawa senjata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat atas keputusan penting yang mengukuhkan semula hak rakyat untuk berhimpun secara aman sebelum bersuara.

himpunan turun anwar

Foto: Carian Google

“Himpunan ini adalah himpunan aman. Kita ucapkan terima kasih kepada Tun Tengku Maimun yang sebelum ini telah memperjelaskan hak rakyat untuk berhimpun. Pihak polis juga berperanan memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku,” jelasnya lagi.

Melihat perkembangan semasa, Tuan Ibrahim menjangkakan penyertaan dalam himpunan tersebut baka; melebihi sasaran awal sebanyak 300,000 peserta, terutama selepas pengumuman bantuan oleh Anwar semalam.

Beliau turut menyentuh kemungkinan kaitan antara pengumuman penghargaan oleh Perdana Menteri dengan perhimpunan yang bakal berlangsung.

“Sepatutnya pengumuman seperti itu dibuat ketika pembentangan bajet, tetapi mengapa diumumkan lebih awal? Ini menimbulkan persoalan. Mungkin kalau kita teruskan lagi himpunan, lebih banyak manfaat boleh diperoleh rakyat,” tambahnya.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd