Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Pemilikan Tanah Dipertikai, Mahkamah Arah Henti Sementara Roboh Kuil Di Rawang

Mahkamah Majistret di Rawang pada Jumaat memerintahkan kerja-kerja merobohkan Kuil Sri Uchimalai Muniswaran di Taman Rawang Perdana dihentikan sementara sehingga isu pemilikan tanah diselesaikan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Wujud pertikaian status pemilikan tanah

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Peguam, Rajesh Nagarajan yang mewakili pihak pengurusan kuil menyatakan, Majistret Chai Guan Hock memutuskan demikian selepas mendapati wujud pertikaian berkaitan status pemilikan tanah serta mengambil kira kemungkinan timbul ketegangan awam sekiranya isu tidak dikendalikan dengan baik.

Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah awal mengikut Seksyen 99(1) Kanun Prosedur Jenayah terhadap Yayasan Kubra berhubung dakwaan pemusnahan dan gangguan terhadap kuil itu.

“Perintah itu dikeluarkan selepas mahkamah meneliti aduan serta bahan yang dikemukakan oleh Persatuan Penganut Sri Uchimalai Muniswaran Taman Rawang Perdana.
Aduan tersebut difailkan pada 3 Mac lalu bagi pihak ahli dan penganut kuil berkenaan susulan kejadian perobohan serta kerosakan yang didakwa berlaku pada struktur kuil di lokasi tersebut,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, mahkamah turut mengambil kira bahawa kuil berkenaan telah berada di lokasi sejak 1995, sementara pemilik tanah semasa hanya memperoleh tanah itu pada 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan keputusan itu, status quo di tapak berkenaan perlu dikekalkan buat masa ini sehingga penelitian lanjut terhadap dokumen daripada kedua-dua pihak dijalankan.

Pihak pengurusan kuil serta Yayasan Kubra turut diarahkan untuk mengemukakan kenyataan bertulis dan dokumen sokongan bagi membolehkan mahkamah menentukan status sebenar pemilikan tapak.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan kuil tidak mempertikaikan pemilikan tanah oleh Yayasan Kubra, tetapi membantah tindakan merobohkan sebahagian struktur kuil tanpa perintah mahkamah yang sah.

“Jika rumah ibadat hendak dipindahkan atau diusir, pihak terlibat perlu mendapatkan perintah mahkamah yang sah terlebih dahulu. Tindakan merobohkan rumah ibadat tanpa kebenaran mahkamah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” kata Rajesh.

Artikel lain: Empat Lelaki Ditahan Kes Ceroboh Kuil Di Rawang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut mewakili pihak pengurusan kuil ialah peguam, Sachpreetraj Singh Sohanpal.

Polis sebelum ini ditempatkan di lokasi berkenaan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini, susulan aduan dan insiden pencerobohan yang berlaku pada 11 Februari lalu.

Mahkamah menetapkan 5 Jun depan untuk sebutan kes bagi meneliti dokumen dan keterangan kedua-dua pihak sebelum keputusan lanjut dibuat, bagi memastikan isu ketenteraman awam dan hak rumah ibadat dikawal sepenuhnya.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd