Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Jangan Masuk Campur!”- Haqiem Stopa Kesal, Tak Dapat Jumpa Anak Angkara Keluarga Sendiri

Haqiem Stopa Kesal

Pempengaruh media sosial, Haqiem Stopa kesal apabila mendakwa dirinya tidak dapat menemui anaknya akibat campur tangan keluarga sendiri dalam kemelut rumah tangganya.

Perkara itu terbongkar selepas kakaknya, yang menggunakan nama @dainiscarf di TikTok, mendedahkan tangkap layar mesej perbualan tegang antara mereka di media sosial.

Menerusi perkongsian tersebut, kakaknya meluahkan rasa kecewa selepas menerima mesej panjang daripada Haqiem yang menegur keras keluarga kerana didakwa mencampuri urusan peribadinya.

“Ketar tangan aku nak balas tetapi bila memikirkan gila yang bercampur dengan biol, bazir air liur sahaja. Aku tak kisah pun nak jadi apa dengan kau, asalkan hidup kau bahagia.
“Aku cuma tak mahu lihat kau sakit dan dengar orang lain jumpa kau di tepi jalan sambil membawa tin hanya disebabkan seorang perempuan,” tulisnya.

Haqiem Stopa Kesal, Tak Dapat Jumpa Anak Angkara Keluarga Sendiri

Mesej yang dikongsikan itu menunjukkan Haqiem melepaskan kemarahan terhadap keluarganya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Aku dah banyak kali pesan, jangan masuk campur urusan rumah tangga aku.
“Korang dah besar. Sendiri boleh fikir. Sebab korang, hidup aku huru-hara. Kalau korang berambus pun aku tak hairanlah.
“Jaga diri masing-masing. Tak pernah semur hidup aku gaduh dengan darah daging aku sendiri. Masing-masing tiada akal. Jaga rumah tangga sendiri. Sebab perangai bod*h korang la aku tak dapat jumpa anak aku,” ujar Haqiem.

Artikel lain: Haqiem Stopa Sedia Sumpah Laknat! Nafi Curang, Tak Buat Perbuatan Jijik Dengan Remaja 18 Tahun

Sebelum ini, isterinya Aireena tampil mendedahkan rakaman video seorang remaja yang mengaku tidur sebilik bersama Haqiem, sekali gus menghangatkan lagi konflik rumah tangga mereka.

Aireena turut memfailkan permohonan cerai terhadap Haqiem pada 4 November lalu dan prosiding kes berkenaan masih berjalan di mahkamah.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia tiga bulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok naa1929

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan seorang bekas pekerja IT kepada 12 tahun berhubung insiden samseng jalan raya yang meragut nyawa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd