Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Had Umur 16 Tahun Guna Media Sosial Dijangka Dikuatkuasa Julai Ini – Teo

Pelaksanaan had umur 16 tahun bagi penggunaan media sosial, sebagai langkah melindungi kanak-kanak dan remaja daripada risiko dieksploitasi serta terdedah kepada kandungan tidak wajar dalam talian, dijangka dikuatkuasakan seawal Julai ini.

Menurut laporan Bernama, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata perkara itu kini berada dalam fasa regulatory sandbox bagi membolehkan kerajan menguji kaedah terbaik sebelum pelaksanaan penuh.

Langkah itu, katanya, dilaksanakan selaras dengan Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA), dan perbincangan dengan penyedia platform telah dimulakan bagi mengenal pasti pendekatan paling berkesan.

Had umur 16 tahun guna media sosial

Had umur 16 tahun guna media sosial

“Di bawah OnSA, kami telah memulakan perbincangan dengan penyedia platform. Sekarang ini, kita berada dalam fasa regulatory sandbox untuk mencari cara paling baik, berkesan, dan selamat bagi melaksanakan pengesahan umur. Buat masa ini, ia masih berada di peringkat perbincangan dan perancangan bersama penyedia platform.
“Ini merupakan sasaran kita untuk tahun ini. Seperti diumumkan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil sebelum ini, kita jangka pelaksanaan akan berlaku pada separuh kedua tahun ini, iaitu suku ketiga atau keempat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra Utama, hari ini.

Kerajaan dilaporkan menyasarkan setiap platform media sosial melaksanakan pengesahan identiti pengguna secara digital (eKYC) menjelang akhir suku kedua 2026, bagi menguatkuasakan had umur minimum 16 tahun untuk pembukaan akaun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditanya mengenai isu buli siber terhadap pemain badminton negara, Toh Ee Wei, Teo berkata beliau masih belum menerima pengesahan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sama ada terdapat sebarang aduan berhubung perkara itu.

Mengulas mengenai program hari ini, Teo berkata Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan RM800 juta bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun ini, yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 5.2 juta murid dari Tahun Satu hingga Tingkatan Enam di seluruh negara.

Artikel lain: Tiada Paksaan, Murid Enam Tahun Masuk Darjah 1 Tamat Sekolah Usia 16 Tahun – KPM

Foto: Bernama

Foto: Bernama

Di Johor, beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata seramai 586,153 murid menerima manfaat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM87.9 juta.

“Untuk daerah Kulai sahaja, terdapat 58,264 murid dengan sumbangan yang telah disalurkan kepada daerah ini berjumlah RM8.7 juta. Hari ini, kami hadir ke SK Putra Utama untuk menyerahkan bantuan secara simbolik kepada ibu bapa terpilih,” katanya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Nasional

Pempengaruh media sosial perlu mengisytiharkan semua pendapatan, termasuk barangan percuma, hadiah atau manfaat yang diterima bagi tujuan penilaian atau promosi produk (review). Ia selaras...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd