Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Guru Maut Dipercayai Dibunuh Abang Kandung Yang Mempunyai Masalah Mental

Seorang guru wanita ditemui maut dengan kesan kecederaan parah di belakang rumah keluarganya dipercayai akibat serangan oleh abang kandung mangsa yang didakwa mempunyai masalah mental, di Tenghilan, Tuaran semalam,

Guru mengalami kecederaan serius di bahagian leher, kepala dan mata

Menurut laporan Berita Harian Online, mangsa berusia 41 tahun itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

guru

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, susulan maklumat yang diterima, pihak polis menahan suspek lelaki tempatan berusia 47 tahun yang juga abang kandung guru maut tersebut, pada hari sama kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian leher, kepala dan kedua-dua mata yang dipercayai akibat serangan senjata tajam.
“Suspek pula dipercayai mempunyai rekod rawatan mental dan pernah menerima rawatan susulan di fasiliti kesihatan,” katanya.

Artikel lain: Disyaki Dibunuh, Guru Dan Anak Sulung Ditemui Maut Di Rumah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Motif kejadian masih dalam siasatan, manakala bedah siasat ke atas mangsa dijalankan di Unit Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

guru

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran di talian 088-794313.

Pihak polis turut menasihati masyarakat agar tidak menyebarkan spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian Online (Recqueal Raimi)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sosial

Seorang wanita warga Malaysia masih trauma selepas melalui detik mencemaskan apabila pesawat Batik Air yang dinaikinya hampir tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd