Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Guru Agama Maut Kemalangan Babit Empat Kenderaan

Seorang guru agama maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 53, Jalan Tawau-Kunak, tengah hari semalam.

Mangsa, Muhammad Bahauddin, 30, yang bertugas di Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Kunak, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dipandunya dirempuh dalam insiden berkenaan.

Foto: Buletin TV3

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari apabila sebuah pikap jenis Mitsubishi Triton yang datang dari arah Batu 3, Jalan Apas menuju ke Pekan Kunak dipercayai dipandu secara melulu hingga hilang kawalan.

“Kenderaan berkenaan mula-mula melanggar cermin sisi kanan sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 21 tahun, diikuti bahagian pintu kanan sebuah lagi kenderaan pikap Toyota Hilux yang dipandu lelaki berumur 44 tahun.
“Selepas itu, Mitsubishi Triton berkenaan bertembung dengan kereta dipandu mangsa sehingga tercampak dalam parit di bahu jalan dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Jasmin berkata, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Foto: Media Sosial

Sementara itu, pemandu Mitsubishi Triton yang kenderaannya turut terbalik dan terjatuh ke dalam parit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemandu lori serta Toyota Hilux juga dilaporkan selamat.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pemergian Muhammad Bahauddin turut dirasai rakan-rakan yang mengenalinya sebagai seorang guru yang berdedikasi.

Seorang rakan arwah, M Ridhuan Abd Halil turut berkongsi rasa sedih menerusi satu hantaran di Facebook, mengenang peribadi Allahyarham.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada kawan kami Ustaz Muhammad Bin Bahauddin yang telah meninggal dunia. Arwah merupakan Ustaz JHEAINS mengajar di SAN Pekan Kunak. Semoga arwah ditempatkn dikalangan org beriman,” tulisnya.

Sumber: Buletin TV3, Facebook (M Ridhuan Abd Halil)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pemergian 15 penuntut UPSI dalam nahas menyayat hati di Gerik, Perak baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Pemandu van kongsi pengalaman...

Sosial

Bapa kepada Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun tergamak membunuh ibu dan abangnya serta mencederakan adiknya dalam kejadian menggemparkan di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd