Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Golongan Pelangi Perlu Dimasukkan Dalam Kategori Pesakit Mental

Hari ini, salah seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Jamaludin Yahya mencadangkan kepada kerajaan supaya golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT) dikategorikan sebagai pesakit mental.

Jamaludin yang juga ahli Parliman Pasir Salak bertanya soalan itu ketika Dr. Halimah Ali (PN-Kapar) membahas Rang Undang-undang Akta Kesihatan Mental (pindaan 2003) di Dewan Rakyat sebentar tadi.

“Adakah (Ahli Parlimen) Kapar setuju bahawa golongan LGBT juga dicadangkan dimasukkan dalam masalah kesihatan mental?”soal Jamaludin.

Halimah yang sebelum ini terkait kontroversi isu kanser dan autisme dalam Menu Rahmah kemudiannya bersetuju dengan cadangan yang disuarakan oleh rakan Parlimennya.

“Terima kasih, kiranya masuk jugalah (LGBT) dalam ucapan saya,”jawabnya.

Dalam pada itu, Halimah berkata isu kesihatan mental adalah isu besar dan perlu ditanggani oleh pihak kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini adalah peratus yang besar dan saya bersetuju supaya bukan sahaja Kementerian Kesihatan tetapi semua kementerian perlu duduk bersama-sama mengatasi secara tuntas untuk mengatasi masalah kepada mereka yang celaru mental ini sehingga sanggup untuk membunuh diri,”ujarnya.

Bacaan kali pertama pada April lalu,  Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2002 antara lain membolehkan pegawai intervensi krisis menangkap mana-mana orang yang cuba membunuh diri.

Pindaan Rang Undang-Undang bagi Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615) itu dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Rang undang-undang membolehkan pegawai berkenaan yang telah menangkap orang di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang praktik, tetapi tidak lewat daripada 24 jam selepas penangkapan, dibawa menjalani rawatan di hospital psikiatri kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar.

Malah, pegawai intervensi krisis semasa juga boleh menjalankan kuasa di bawah subseksyen (2) untuk memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam mana-mana premis dan masuk ke dalam.

Atau selain masuk secara paksa ke dalam premis dan mana-mana bahagaian premis itu atau memindahkan secara paksa apa-apa halangan kepada laluan masuk itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan (Mohd. Fadli Mohd. Sulaiman)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Jasa Allahyarhamah Normah Sabar tidak terhenti selepas pemergiannya apabila wanita yang dikenali sebagai juruukur wanita pertama negara itu turut menyumbang sinar baharu kepada sekurang-kurangnya...

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang tular susulan dakwaan menghina penduduk China ketika melancong ke negara itu baru-baru...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd