Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Susulan Gempa Bumi Di Jepun – Wisma Putra

Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut Kementerian Luar Malaysia.

Menurut laporan Bernama, Kementerian itu, yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra, berkata melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, pihaknya sedang memantau keadaan dengan rapi.

Gempa bumi di Jepun

Gempa bumi di Jepun

“Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi tersebut. Kedutaan berada dalam hubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan sedang memantau perkembangan semasa,” menurut Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa.

Gempa bumi itu berlaku pada 11.15 malam (waktu tempatan) pada kedalaman 54 kilometer, kira-kira 80 kilometer di luar pantai wilayah Aomori.

Amaran tsunami telah dikeluarkan namun kini telah ditarik balik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau berada di kawasan terjejas supaya berwaspada, mengelakkan kawasan pesisir pantai dan mematuhi arahan rasmi pihak berkuasa Jepun.

Artikel lain: PM Anwar Bimbang Konflik Kemboja-Thailand, Berlaku Pertempuran Hingga Ragut Nyawa

Gempa bumi di Jepun

“Rakyat Malaysia juga amat digalakkan untuk mendaftarkan keberadaan mereka dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo bagi memastikan komunikasi dan bantuan dapat disalurkan dengan segera apabila diperlukan,” tambah kenyataan itu.

Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo melalui telefon +81-3-3476-3840 (pertanyaan umum) dan +81-80-4322-3366 (kecemasan sahaja) atau melalui e-mel: [email protected]

Wisma Putra berkata pihanya akan terus memantau keadaan dan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Politik

Jawatan EXCO Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi yang disandang oleh Fahmi Zainol telah tamat secara rasmi pada Rabu. Pengumuman tersebut dibuat Ketua Menteri,...

Spotlight

Tindakan penyanyi Selena Gomez mempertahankan rumah tangganya mencuri tumpuan apabila dia secara spontan mencium kaki suaminya, Benny Blanco, ketika rakaman sebuah podcast baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd