Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gaji Graduan Sepatutnya Cecah RM7,000 Hingga RM8,000 Sebulan – Bekas Gabenor Bank Negara

Kadar gaji sebulan bagi rakyat Malaysia dilaporkan telah menyusut hampir tiga kali ganda dalam tempoh 40 tahun.

Gaji graduan bermula RM7,000 hingga RM8,000

Gaji graduan bermula RM7,000 hingga RM8,000

Foto: Vocket

Menurut laporan Sinar Harian, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, kadar pendapatan permulaan bagi graduan univesiti pada hari ini hanya RM2,000 hingga RM3,000 sebulan berbeza dengan nilai gaji permulaan sebanyak RM1,300 pada tahun 1984.

Beliau berpendapat pendapatan bermaruah untuk graduan lepasan universiti pada zaman kini sepatutnya mencecah  RM7,000 hingga RM8,000 sebulan setelah mengambil kira kadar inflasi tahunan sebanyak lima peratus.

“Itu bersamaan dengan kuasa beli sekitar RM300 hingga RM400 pada tahun 1980-an. Secara realiti, pendapatan kita sudah merosot sekurang-kurangnya tiga kali ganda.
“Jika sistem pendidikan dan struktur ekonomi negara tidak diromba, anak-anak kita berkemungkinan terpaksa bekerja sebagai buruh berkemahiran rendah,” kata Muhammad baru-baru ini.
Gaji graduan bermula RM7,000 hingga RM8,000

Foto: Vocket

Muhammad memberitahu, Malaysia sudah lama terperangkap dalam pendapatan sederhana membabitkan bayaran gaji rendah yang bukan lagi menjadi perkara biasa sebaliknya berpunca daripada pelbagai faktor saling berkait.

“Faktor terlibat adalah kebergantungan kepada pekerja asing, kegagalan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan berkualiti serta kelemahan sistem pedidikan.
“Majoriti pekerja asing di Malaysia bekerja dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) seperti perladangan. perikanan, kilang, tapak pembinaan, restoran dan pekerjaan domestik.
“Kebanyakan pekerja asing yang diambil sejak beberapa dekad lalu berkemahiran rendah dan tidak berpengalaman, menjadikan kos pengambilan mereka lebih murah.
“Situasi terbabit memberi saingan terus kepada kumpulan berpendapatan rendah (B40) memandangkan gaji mereka tidak meningkat,” ujarnya.
Gaji graduan bermula RM7,000 hingga RM8,000

Foto: Deenamik

Artikel lain: Usaha Perkasa TVET, Kerajaan Pertimbang Gaji Graduan Melebihi RM4,000

Beliau juga tidak menafikan bahawa Malaysia masih belum mampu mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi buat rakyat ekoran pertumbuhan ekonomi kurang cekap dan tidak berskala besar menyebabkan negara gagal mencipta peluang pekerjaan lebih berkualiti untuk graduan.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik...

Sukan

Pasukan Dart Kebangsaan Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat kemenangan sulung dalam penampilan mereka di pentas Piala Dunia Dart 2025. Malaysia membuka kempen dengan...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman selama empat hari bermula 16 Jun sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd