Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemilik Akaun TikTok Diperintah Bayar RM100,000, Fitnah Rosmah Amal Ilmu Hitam

Fitnah Rosmah amal ilmu hitam

Mahkamah Tinggi memerintahkan pemilik akaun TikTok membayar RM100,000 kepada Datin Seri Rosmah Mansur atas kenyataan berita palsu mendakwa isteri bekas Perdana Menteri itu mengamalkan imu hitam.

Fitnah Rosmah amal ilmu hitam

Fitnah Rosmah amal ilmu hitam

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Berita Harian, Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan selepas membenarkan permohonan Rosmah, 74, kerana Ku Muhammad Hilmie Ku Din, 35, gagal memasukkan memorandum kehadiran bagi menjawab saman berkenaan pada tarikh yang ditetapkan.

Prosiding taksiran ganti rugi yang dibuat secara dalam talian Zoom membacakan keputusan bahawa plaintif berjaya membuktikan kelayakannya bagi menerima ganti rugi kesan daripada fitnah tersebut.

“Setelah menimbangkan semua pertimbangan tersebut, mahkamah ini berpendapat bahawa jumlah keseluruhan sebanyak RM100,000 merupakan suatu penilaian yang adil dan seimbang.
“Jumlah keseluruhan sebanyak RM100,000 ini merangkumi ganti rugi am dan ganti rugi teruk.
“Tuntutan bagi ganti rugi teladan tidak dibenarkan memandangkan tiada keterangan kukuh yang dikemukakan di hadapan mahkamah ini bagi menyokong pemberian tersebut,” kata Ahmad Shahrir hari ini.

Terdahulu, pada 19 September 2023, Rosmah mengfailkan saman menerusi Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak untuk menuntut ganti rugi RM1 juta daripada Ku Muhammad Hilmie ekoran fitnah yang dibuat.

Menerusi afidavit sokongan, Rosmah selaku plaintif menamakan Ku Muhammad Hilmie selaku defendan, selepas lelaki itu memuat naik satu rakaman video di TikTok menggunakan nama ‘CEO Heelmie Fighter’ menyebarkan kenyataan tidak benar pada 22 Mac tahun yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Fitnah Rosmah amal ilmu hitam

Foto: Berita Harian

Menurut Rosmah, fitnah itu telah merosakkan kredibiliti dan nama baiknya menyebabkan jumlah saman yang dikenakan kepada defendan dianggap satu jumlah yang sangat wajar tanpa berat sebelah.

Difahamkan, ganti rugi itu turut dianggarkan setelah mengambil kira status, latar belakang, pencapaiannya selain mempertimbang reputasi sebagai figura yang dikenali serta penaung kepada beberapa badan amal yang didakwa telah tercalar.

Artikel lain: Dakwa Rosmah Ada Ilmu Hitam, Pemilik Akaun Tiktok Diarah Ganti Rugi

Untuk rekod, pada 28 Mei tahun lalu, Rosmah telah menerima penghakiman ingkar terhadap defendan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd