Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Fila Amir Berang, Netizen Kongsi Tips Minta Luruskan Rambut Anak

Pempengaruh dan usahawan, Fila Amir tampil membuka mulut meluahkan rasa tidak puas hati apabila terdapat segelintir netizen berkongsi tips meluruskan rambut memandangkan anaknya mempunyai rambut keriting sejak lahir lagi.

Netizen kongsi tips luruskan rambut

Fila Amir Netizen kongsi tips luruskan rambut

Menerusi hantaran di Instagram Story, Fila atau nama lengkapnya Nur Afilah Amir Rusdi berang dengan tindakan tersebut kerana menganggap netizen cuba mengubah keadaan fizikal anaknya malah melihat perkara itu sebagai satu keunikan yang tidak dimiliki oleh orang lain.

“Benci gila bila orang suruh sapu minyak supaya arambut anak boleh jadi lurus, buat apa,” kata Fila, semalam.

Berkongsi lebih lanjut, Fila memberitahu dia sangat menekankan penjagaan rambut Assara memandangkan rambut keriting memerlukan penjagaan yang lebih rapi.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga tidak menyarankan sekiranya Assara mahu meluruskan rambut dan berkongsi beberapa gaya rambut yang boleh dilakukan apabila sudah dewasa nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Assara dah besar nanti jangan cuba nak rebonding rambut, keriting ni kena pandai jaga kalau tidak akan rosak.
“Banyak gaya rambut boleh Assara ikut kalau keriting, nampak macam orang luar negara. Nak luruskan rambut setahun sekali dua takpelah, tapi bukan untuk kekal selamanya,” jelasnya.

Artikel lain: Fila Amir Kesal Netizen Persoal Muka Anak – “Habistu Doktor Kutip Sperma Siapa”

Terdahu, Fila pernah meluahkan rasa kesal apabila netizen mempersoalkan mengenai status anak pertamanya itu dengan mendakwa ia terhasil bukan daripada benih suaminya, Adama kerana tidak mempunyai rupa paras yang seiras.

Untuk rekod, Fila dan suaminya, Adama Mohamed Camara yang berasal dari Guinea itu selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama pada 14 Mei lalu selepas 5 tahun menjalani persenyawaan in vitro (IVF).

Sumber: Instagram assaracamara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd