Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Feri Terbakar Di Laut Sulawesi, Lima Maut Termasuk Wanita Hamil

Sekurang-kurangnya lima individu dilaporkan maut, termasuk seorang wanita hamil, selepas sebuah feri penumpang, KM Barcelona 5, terbakar ketika berada di perairan berhampiran Talise, Sulawesi pada Ahad.

Menurut laporan MSN, Panglima Komando Armada Tentera Laut Indonesia, Laksamana Madya Denih Hendrata berkata, insiden berlaku ketika feri terbabit dalam perjalanan dari Kepulauan Talaud menuju ke Manado, ibu kota wilayah Sulawesi Utara.

feri

Foto: msn

“Setakat ini, seramai 284 penumpang dan anak kapal telah berjaya diselamatkan,manakal tiga kapal Tentera Laut telah dikerahkan ke lokasi kejadian bersama bantuan nelayan tempatan yang membantu membawa naik mangsa yang terjun ke laut dan hanyut ke pulau-pulau berhampiran,” katanya.

Tiada laporan kecederaan serius dilaporkan, namun jumlah sebenar individu yang berada di atas feri ketika kejadian masih belum dapat dipastikan.

Artikel lain: Tragedi Feri Karam Di Bali: Seorang Rakyat Malaysia Dilapor Maut

“Buat masa ini, punca kebakaran masih dalam siasatan dan pihak kami kini fokus sepenuhnya terhadap usaha pemindahan mangsa-mangsa” ujarnya.

Sementara itu, gambar serta video yang dikongsikan oleh Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional menunjukkan suasana panik apabila para penumpang yang memakai jaket keselamatan terpaksa terjun ke laut bagi menyelamatkan diri, sementara api marak dan asap tebal menyelubungi kapal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

feriIndonesia merupakan negara kepulauan yang mempunyai lebih 17,000 pulau, dan perkhidmatan feri sering menjadi pilihan utama rakyat untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain. Namun, kelemahan dalam penguatkuasaan keselamatan sering menjadi punca berlakunya kejadian seumpama ini.

Dalam insiden berasingan, beberapa penduduk Kepulauan Mentawai berjaya menyelamatkan penumpang sebuah bot laju yang terbalik ketika ribut pad 13 Julai lalu. Kesemua 18 mangsa yang berada di atas bot tersebut diahkan selamat.

Sementara itu, pada awal bulan ini, satu lagi insiden tragis berlaku apabila sebuah feri karam berhampiran pulau pelancongan Bali.

feri

Foto: tirto.id

Tragedi tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya 19 nyawa, manakala 16 lagi dilaporkan hilang. Operasi mencari yang berlangsung selama dua minggu itu melibatkan lebih 1,000 penyelamat termasuk tiga kapal tentera laut, 15 bot, helikopter dan penyelam profesional.

Sumber: MSN (Grace Wakari)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Sosial

Syarikat bimbingan emosi wanita, eHati International Sdn Bhd menafikan semua dakwaan yang mengaitkan program anjurannya dengan penyebaran ajaran menyimpang, amalan bercanggah dengan Islam serta...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd