Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bekas Peguam Akui Fasiliti Kesihatan Malaysia Lebih Murah, Berkualiti Berbanding Negara Luar

Fasiliti kesihatan Malaysia lebih murah

Bekas peguam dan pencipta kandungan, Reina Lum mengakui tahap fasiliti kesihatan di Malaysia merupakan yang terbaik sekiranya dibandingkan dengan negara luar.

Fasiliti kesihatan Malaysia lebih murah

@reinalum

Replying to @zaharudinsamsudin to clarify: 1. My MIL adalah warganegara Indonesia. 2. Ini hanya perkongsian pengalaman & pengajaran disaat sistem perbuatan di Msia juga sedang digempar dgn masalah kami sendiri. 3. Spread love ya. I believe that access to medical services is a human right. It’s not about nationality, it’s about compassion. 4. Reina masih bersyukur yg ibu dapat perhatian & kini sudah keluar hospital. Terima kasih atas dia & kata2 baik dari semua ❤️ #fypmalaysia #indonesia #jakarta #hospital #doctor

♬ original sound – Reina Lum – Reina Lum

Perkara itu diberitahu berdasarkan pengalaman sebenar Riena ketika menjaga ibu mertuanya yang sedang sakit di sebuah hospital di Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perubatan di Indonesia memang lagi mahal ni pengalaman saya ketika jaga dua ahli keluarga yang masuk
hospital.
“Sebenarnya, kalau awak di luar Jakarta, luar daripada pusat bandar macam ibu bapa saya di Sukabumi nak dapat Intensive Care Unit (ICU), nak dapat tempat dekat hospital lebih senang tapi the issue is always expertise and also equipment dengan resources. 
“Kalau dekat Jakarta memang tiada sebab terlalu ramai orang sampai kan nak dapatkan katil ICU perlu tunggu waiting list bahkan masuk wad pun memang ada waiting list masalah terbesar adalah pengurusan,” kata Riena di TikTok, baru-baru ini.

Fasiliti kesihatan Malaysia lebih murah

Wanita itu mendakwa walaupun berkemampuan namun tidak membolehkan mereka mendapat bantuan kesihatan dengan lebih mudah kerana hospital swasta juga tidak mempunyai kekosongan akibat kepadatan penduduk yang terlalu ramai.

“Biarpun memiliki wang yang banyak mereka tetap kena tunggu sebab hospital swasta juga penuh. Jujur saya juga terkejut apabila pindah ke Jakarta majoriti kawan saya akan menghantar ibu bapa mereka ke Pulau Pinang untuk buat pemeriksaan kesihatan.
“Mereka beritahu fasiliti kesihatan di Malaysia amat efisien dan jauh lebih murah biarpun sudah termasuk dengan perbelanjaan tiket penerbangan serta penginapan,” ucapnya.

Dalam pada itu, Reina berkata perkongsian yang dibuat olehnya bukan bertujuan mengutuk kelemahan sistem kesihatan negara tersebut tetapi meminta agar rakyat Malaysia lebih cakna dan bersyukur dengan segala kemudahan yang ada.

Foto: Utusan

“Mereka juga cuba yang terbaik namun jumlah penduduk yang terlalu ramai tidak mampu menampung kapasiti kemudahan kesihatan yang sedia ada.
“Saya akan beri galakan buat rakan-rakan di Indonesia yang sukar mendapatkan pemeriksaan kesihatan di sini untuk pergi ke Malaysia kerana in the end of the day kalau Malaysia pun menjadi hub perubatan siapa yang dapat untungnya kalau bukan rakyat,” tambah Riena lagi.

Artikel lain: Johor Bimbang Kekurangan Petugas Kesihatan Akibat Tawaran Gaji Lumayan Di Singapura

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 43,000 tontonan dan telah menerima lebih 1,600 tanda suka.

Sumber: TikTok Riena Lum

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd