Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Fadillah Tinjau Kemajuan, Projek TAPS Dijangka Siap Mei 2025

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof telah turun padang bagi meninjau kemajuan Projek Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Sungai Jernih, semalam.

Projek berkenaan yang mengalami kelewatan kerana masalah teknikal, dijangka dapat disiapkan pada Mei 2025.

Beliau berkata, pihaknya sudah memanggil pihak kontraktor untuk membentangkan pelan pemulihan projek bernilai RM234 juta itu.

Artikel lain: PETRA Lawat Stesen Pengecasan EV Gentari Di Senawang & Tapak RTB Alor Gajah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujar Fadillah, sehingga 25 Oktober kemajuan sebenar projek itu adalah 60.52 peratus berbanding kemajuan dirancang 61.32 peratus dengan kelewatan selama 43 hari.

“Saya tidak berpuas hati dengan kemajuan (projek) sebab itu kami turun ke lapangan untuk bincang dan lihat sendiri serta minta komitmen daripada kontraktor.
“Projek ini (TAPS) kritikal sebab kita akan buat projek lain dan ia akan bergantung pada sumber ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, projek yang bermula pada 2022 itu dijangka menyelesaikan isu sumber air mentah terhad yang dialami di daerah itu, selain mengurangkan kebergantungan Melaka pada bekalan air mentah dari Negeri Sembilan dan Johor.

Projek berkenaan membabitkan pembinaan stesen muka sauk bagi mengalihkan air mentah dari Sungai Rembau dan mengepam air melalui paip saluran sepanjang lima kilometer ke empangan Jernih.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu menjadi sumber simpanan bekalan air selama 90 hari pada musim kemarau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meneruskan jelajah PETRA Skuad, Fadillah kemudiannya melawat Loji Jana Kuasa Solar i2 Solarpark One di Masjid Tanah.

Loji jana kuasa solar ini merupakan projek yang diluluskan di bawah Program Large Solar Scale (LSS) 2 yang dibangunkan oleh Syarikat I 2 Energy Sdn Bhd yang mempunyai kapasiti sebanyak 9,006 kWp (6,800 kWac).

Ia juga menghasilkan 13,083,016.2 kWj bekalan elektrik hijau setahun.

Ini secara tidak langsung dapat membantu menghidari pelepasan kira-kira 8,894.45 tan CO₂eq setahun dan menyediakan bekalan elektrik kepada 3,634 dalam jangka masa setahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Lokal

Seekor gajah betina dipercayai ‘mengamuk’ selepas anaknya mati dirempuh sebuah lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi....

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd