Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Fadhli Saari Dakwa Penarikan Subsidi Gas, Rompakan Terbaru Kerajaan MADANI

Keputusan penarikan subsidi gas memasak melibatkan golongan peniaga kecil dan sederhana wajar ditarik semula bagi megurangkan beban rakyat supaya tidak menyebabkan kenaikan harga pada makanan.

Fadhli Saari dakwa penarikan subsidi gas, satu rompakan

Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat, Ahmad Fadhli Saari menegaskan agar Kerajaan Madani tidak membebankan peniaga kecil serta tidak mengetepikan peranan mereka sebagai penyumbang dalam ekonomi negara.

Fadhli Saari dakwa penarikan subsidi gas, satu rompakan

“Tindakan tidak berperikemanusiaan kerajaan menarik balik subsidi gas memasak daripada golongan peniaga kecil dan sederhana bermula 1 Mei 2025 adalah satu bentuk rompakan sah terhadap rakyat oleh Kerajaan Madani,” kata Ahmad Fadhli di Facebook, hari ini.

Beliau berpendapat keputusan yang dibuat kerajaan merupakan satu bentuk penindasan dan boleh menghancurkan daya saing perniagaan kecil di Malaysia.

“Langkah mewajibkan penggunaan tong gas komersial 14kg berwarna ungu berharga RM70 menggantikan tong subsidi isi rumah berharga RM26.60 adalah satu bentuk penindasan terang-terangan ke atas pengusaha kecil.
“Ini kenaikan lebih 160%, satu angka luar biasa yang boleh menghancurkan daya saing perniagaan kecil di Malaysia.
Dengan hanya tiga tong sehari, kos operasi bulanan boleh melonjak lebih RM1,300,” ujarnya.
Fadhli Saari dakwa penarikan subsidi gas, satu rompakan

Foto: CodeBlue

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mendakwa kerajaan tidak menyediakan pelan mitigasi atau peralihan. Sebaliknya, mengarahkan peniaga kecil untuk terus mematuhi dasar baharu dalam suasana penuh tekanan, tanpa perincian yang jelas dan tanpa ruang perbincangan.

“Harga makanan pasti naik menyebabkan pelanggan makin tertekan membuatkan kuasa beli rakyat akan menjunam, orang makin kurang makan luar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Peniaga mikro dan B40 bakal terkubur, mereka tidak mampu menampung lonjakan kos sedemikian rupa. Inflasi makanan akan melonjak. Harga siling makanan harian rakyat akan pecah, tetapi kerajaan tetap berdalih kononnya rakyat biasa tidak terkesan,” jelasnya.

Mohd Fadhli berkata, kerajaan tidak boleh berselindung di sebalik alasan “ini hanya untuk peniaga”. Ini kerana peniaga terpaksa menanggung kos tambahan RM4,000 sebulan, dan tidak mungkin mereka akan kekal menjual makanan dengan harga sama menyebabkan beban itu akan kembali ke pinggan rakyat.

Fadhli Saari dakwa penarikan subsidi gas, satu rompakan

Foto: Malaysiakini

“Reformasi yang dilaung-laungkan telah bertukar menjadi ‘reformoney’, memperkaya kroni, memiskinkan rakyat.
Ini bukan pentadbiran. Ini rompakan gaya moden. Lebih tepat lagi rompakan MADANI,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Ahmad Fadhli Luah Kecewa Dakwa Sidang Dewan Rakyat Tangguh Lagi

Difahamkan beliau meminta agar kerajaan tidak bongkak serta pekak untuk mendengar suara rakyat marhaen, dan mendedahkan bahwa rakyat berhak menolak kerajaan yang gagal dalam pilihan raya akan datang.

Sumber: Facebook Fadhli Shaari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama Dr Wong Lu Yang terus menjadi tumpuan hangat di media sosial sejak Sabtu lalu selepas didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan “office wife” yang...

Lokal

Seorang wanita berusia 28 tahun nyaris maut selepas ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas sekitar...

Lokal

Beban hutang pinjaman bank serta komitmen ansuran E-dagang dipercayai menjadi punca pertengkaran yang berakhir dengan tindakan seorang guru lelaki mengelar isterinya dalam kejadian di...

Sosial

Kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam raptai perbarisan sempena acara sambutan Hari Kebangsaan 2025 mencuri tumpuan pengunjung di Dataran Putrajaya, tidak ketinggalan juga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd