Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Empat Sekeluarga Direman, Disyaki Curi Barangan Keperluan Dari Pasar Raya

Empat sekeluarga ditahan reman selama empat hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Muar selepas disyaki mencuri pelbagai barangan keperluan dari sebuah pasar raya di Parit Jawa sejak pertengahan bulan ini.

Menurut laporan Harian Metro, mereka yang ditahan terdiri daripada seorang wanita berusia 52 tahun, dua anaknya iaitu seorang lelaki berusia 33 tahun dan perempuan berusia 27 tahun, serta adik lelaki wanita itu yang berusia 43 tahun.

Foto: Harian Metro

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Fatin Dalilah Khalid bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Menurut siasatan awal, kegiatan jenayah ini terbongkar selepas pihak pengurusan pasar raya berkenaan mula berasa curiga terhadap pergerakan ahli keluarga itu yang sering membawa troli penuh barangan. Laporan polis dibuat selepas semakan mendalam dilakukan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Siasatan lanjut mendapati, salah seorang suspek merupakan pekerja di pasar raya berkenaan, dipercayai memainkan peranan penting dalam mencetuskan modus operandi penipuan. Wanita itu dilaporkan berpura-pura mengimbas barangan milik ahli keluarganya seolah-olah telah dibayar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiga kejadian dilaporkan berlaku pada 14, 24 dan 25 Mei, masing-masing antara jam 6 hingga 7 pagi. Setiap kejadian menyaksikan dua troli digunakan untuk membawa keluar barangan tanpa pembayaran sah.

Foto: Carian Google

Semakan sistem jual beli mendapati tiada sebarang rekod transaksi atau resit dikeluarkan bagi barangan yang dibawa keluar oleh keempat-empat suspek.

Kerugian yang dialami pasar raya tersebut dianggarkan sekitar RM3,000. Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Dunia

Beberapa aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dilaporkan telah dikasari dan mengalami penderaan fizikal...

Sosial

Kemeriahan Northern Festival of Speed X Choii yang berlangsung di PICCA Convention Centre, Butterworth Arena, Pulau Pinang baru-baru ini tiba-tiba bertukar kecoh apabila tular...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd