Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Empat Bekas Pegawai Kanan PM Ke-9 Ditahan, Ahmad Zahid Yakin Dengan Siasatan SPRM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan lengkap proses mengikut proses perundangan susulan empat bekas pegawai kanan ditahan yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut laporan Harian Metro, beliau menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada SPRM selepas kesemua bekas pegawai kanan itu disyaki terbabit rasuah.

Empat bekas pegawai kanan PM ke-9 ditahan

Empat bekas pegawai

“Kita harap mereka (SPRM) dapat menjalankan siasatan dan melakukan keadilan dan kita harap kredibiliti selama ini adalah sesuatu yang menjadi garis utama yang menjadi integriti SPRM,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun UMNO Sabah ke-34 di dewan tertutup Kompleks Sukan Tawau di Tawau, pada Ahad.

Artikel lain: Ismail Sabri Sambung PhD, Kembali Bergelar Pelajar Di UUM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, media melaporkan dua individu bergelar Datuk antara empat bekas pegawai kanan ditahan yang dikaitkan dengan rasuah sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri tersebut.

Empat bekas pegawai

Mereka disiasat mengikut Seksyen 16a Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Difahamkan, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha kepada tiga individu selama lima hari bermula Jumaat, manakala seorang lagi direman tiga hari dan dilepaskan pada Ahad.

Sumber: Harian Metro (Abdul Rahemang Taiming)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan seorang bekas pekerja IT kepada 12 tahun berhubung insiden samseng jalan raya yang meragut nyawa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd