Empat anggota dan pegawai polis termasuk seorang wanita yang berkhidmat di Pahang ditahan selepas dipercayai positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini pada Sabtu.
Pegawai polis ditahan dalam bilik karaoke

Foto: thesun
Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman memaklumkan bahawa penahanan itu dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
Artikel lain: Baru Seminggu Lapor Diri, TPR SPRM Ditahan Polis Berkaitan Kes Dadah
Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian berkenaan dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti sejauh mana penglibatan semua individu terbabit.
Siasatan awal mendapati empat anggota dan pegawai berusia antara 30 hingga 40 tahun itu berada di dalam sebuah bilik karaoke di premis berkenaan ketika pemeriksaan dilakukan.
Kesemua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil bagi membantu siasatan lanjut.
Sumber: Malaysia Gazette
