Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Elak Kahwin Senyap, Isteri Izin Suami Nikahi Kawan Baik – “Dah Suka Sama Suka”

Pada awalnya, hati siapa yang tidak hancur apabila mengetahui suami sendiri menyimpan perasaan terhadap wanita lain, lebih-lebih lagi apabila wanita itu merupakan rakan yang dikenali.

Namun bagi Shuhadah Jaafar, takdir itu akhirnya diterima dengan reda selepas suaminya Muhammad Azizi Zakaria memilih jalan berterus terang dan mengikut saluran yang betul untuk berpoligami.

Foto: TikTok @sueee_07

Menurut laporan Harian Metro, Shuhadah mengakui perasaan sedih dan terkejut apabila suaminya meluahkan hasrat untuk berkahwin dengan Nor Azura Mohd Azmin, seorang wanita yang dikenalinya melalui urusan tempahan pakaian di butik dan pernah bertemu di beberapa acara sebelum ini.

“Jadi terkejut selepas suami luahkan hasrat berkahwin dengan wanita yang saya anggap kawan.
“Lagipun, isteri mana yang nak dimadukan, malah saya sendiri ambil masa berfikir serta pertimbangkan perkara itu,” katanya.

Namun menurut Shuhadah, keputusan suaminya untuk berterus terang serta niat menghalalkan hubungan tanpa sebarang hubungan sulit di belakangnya menjadi faktor utama dia memberi keizinan.

Katanya, suaminya menjelaskan hasrat berkahwin bukan didorong nafsu semata-mata, sebaliknya atas faktor tanggungjawab dan urusan perniagaan yang diusahakan bersama isteri kedua.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya pun kasihan dengan madu kerana dia pun ada kisah sedih yang berlaku dalam hidupnya sebelum ini. Suami dan madu sudah suka sama suka jadi saya bagi keizinan kerana berkaitan soal hati ini susah.
“Takut jika tak izinkan, jadi perkara yang bukan-bukan pula di kemudian hari nanti.
“Saya ada kongsi di media sosial juga mengenai perkahwinan mereka kerana tak nak timbul fitnah dan niat nak bagi contoh kepada suami di luar sana yang berniat berpoligami berterus terang dengan isteri pertama.
“Jangan ambil mudah dengan kahwin senyap-senyap atau di seberang,” ujarnya.

Foto: TikTok @azizizakaria1225

Dalam pada itu, Shuhadah berharap rumah tangganya terus diberkati meskipun diuji dengan rintangan besar, selain mahu hubungan dengan madunya kekal harmoni.

“Harap saya dan madu pun dapat bertolak ansur serta memastikan suami kami berlaku adil. Saya harap juga orang tak memandang isteri kedua ‘penyondol’ dan perampas kerana setakat ini, dia layan saya juga anak dengan baik.
“Lebih senang bila madu saya kawan sendiri kerana mudah cipta keserasian dan sekarang, hubungan kami kian rapat,” kongsinya lagi.

Foto: TikTok @sueee_07

Sementara itu, Muhammad Azizi mengakui dia sedia maklum kedua-dua isterinya saling mengenali, namun menegaskan dia tidak pernah berniat merosakkan persahabatan mereka apatah lagi menyakiti hati mana-mana pihak.

Katanya, perasaan terhadap isteri kedua hadir tanpa dirancang dan setelah cuba menafikan serta menjauhkan diri, dia akhirnya memilih untuk berterus terang demi mengelakkan perkara tidak baik berlaku.

“Perasaan itu bukan sesuatu saya rancang atau cari namun ia hadir tanpa diduga. Bila perasaan itu timbul, banyak kali rasa bersalah, malah cuba lawan dan jauhkan diri (dengan isteri kedua).
“Tapi hati sudah terikat jadi ambil keputusan berterus terang dengan isteri pertama, minta izin dan ikut saluran yang betul. Saya pilih untuk buat semua ini dengan adab, restu dan bukan secara sembunyi,” katanya.

Foto: TikTok @azizizakaria1225

Sebagai suami, Muhammad Azizi meluahkan rasa terharu dengan pengorbanan isteri pertamanya yang bukan sahaja memberi keizinan, malah membantu menguruskan permohonan di mahkamah syariah.

“Isteri pertama kata tak perlu buat di masjid atau surau (buat di rumah mereka) dan sebagai suami, saya bersyukur kerana Allah SWT permudahkan urusan.
“Terharu bila mengenangkan pengorbanannya (isteri) malah hakim di mahkamah pun beritahu saya patut beri penghargaan paling besar buat isteri. Sebak juga selepas akad nikah dengan isteri kedua kerana memikirkan tanggungjawab saya untuk berlaku adil dengan kedua-dua isteri,” luah Muhammad Azizi.

Menurutnya, detik selepas akad nikah menjadi saat paling berat apabila menyedari tanggungjawab besar untuk berlaku adil terhadap kedua-dua isteri.

Dia turut menolak cadangan berkahwin secara rahsia di luar negara kerana baginya, asas perkahwinan adalah kejujuran dan komunikasi.

“Ada juga sarankan saya kahwin di Golok, Thailand tapi bagi saya kunci dalam perkahwinan adalah kejujuran dan komunikasi.
“Apa pun, saya cuba yang terbaik untuk berlaku adil dan buat lelaki di luar sana, jangan sorok jika nak berkahwin lagi kerana ia hanya akan memudaratkan hubungan dengan pasangan,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Nasional

Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai...

Sosial

Seorang individu yang juga pakar servis motor meraih perhatian ramai selepas berkongsi momen menyentuh hati ketika membantu ‘rider’ penghantar makanan yang berdepan masalah motor...

Lokal

Faktor ekonomi dan keluarga menjadi pendorong utama seramai 61,116 rakyat Malaysia melepaskan kewarganegaraan mereka dalam tempoh lima tahun lalu, dengan majoriti memilih untuk berpindah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd