Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Malaysia Nak Durian Jadi Buah Kebangsaan, Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak

Menteri Penyelaras Bidang Pangan Indonesia, Zulkifli Hasan (Zulhas), tampil mengulas cadangan Malaysia yang ingin mengangkat durian sebagai buah nasional. Menurutnya, jika berdasarkan fakta dan sejarah, Indonesia mempunyai kedudukan yang lebih kuat dalam buah kebangsaan itu.

Menurut laporan CNBC Indonesia, Zulhas berkata, Indonesia menghasilkan hampir dua juta tan buah tersebut pada tahun 2024, angka tertinggi dalam beberapa tahun dan jauh melebihi pengeluaran Malaysia.

durian

“Dengan jumlah sebesar itu, saya fikir tidak ragu lagi jika durian layak menjadi buah nasional Indonesia,” katanya.

Beliau menjelaskan, kawasan seperti Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi menjadi penyumbang utama, sementara kajian tempatan menunjukkan Indonesia memiliki bilangan spesies raja buah yang paling banyak di dunia.

Artikel lain: Dari Kebun Ke Istana! Pengusaha Durian ‘Black Thorn’ Terkenal Kini Bergelar Datuk

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga tahun lalu, lebih seratus varieti baharu telah diiktiraf.

“Buah itu bukan sekadar tanaman ekonomi. Ia tradisi, ia identiti, ia kehidupan berjuta petani,” ujarnya.

durian

Bagi memperkukuh kedudukan Indonesia dalam industri ini, kerajaan akan memperhebat promosi jenama Durian Nusantara, selain menaik taraf standard pengeluaran dan mengembangkan eksport produk buah tersebut.

Dalam masa yang sama, Malaysia sedang menimbang cadangan untuk menjadikan raja buah itu sebagai buah nasional, termasuk permintaan menetapkan 7 Julai sebagai Hari Durian Kebangsaan.

Persatuan pengeluar buah negara itu menyifatkan buat tersebut sebagai sebahagian daripada identiti Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: CNBC Indonesia

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Nasional

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks naik kepada 135.7 berbanding 133.6 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd