Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Rentung Dalam Kereta Terbakar, Mangsa Rupanya Pasangan Kekasih

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kejadian membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit berhampiran kawasan kebun, lalu terbakar.

“Mangsa lelaki, Muhammad Daniel Saberi, 21, merupakan bekas anggota tentera yang kini sedang menjalani rawatan di bawah pengawasan pakar psikiatri.
“Sementara itu, mangsa wanita, Aiza Nur Elysha Sabri, 17, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu. Kedua-duanya mengalami kecederaan parah dan rentung sepenuhnya. Mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Yusof memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.30 pagi daripada orang awam. Menurut beliau, siasatan awal mendapati kereta terbabit terbabas sendiri sebelum merempuh pokok kelapa sawit dan terbakar.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk proses bedah siasat bagi membantu siasatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Sosial

Sekumpulan kanak-kanak teruja apabila mendapat peluang berjumpa dengan usahawan terkenal, Khairul Aming di hadapan restoran Rembayung milik pempengaruh media sosial tersebut. Menerusi akaun TikTok...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta...

Lokal

Ahli politik veteran Britain, George Galloway menolak perbandingan yang mengaitkan konflik Palestin dengan sejarah masyarakat Cina di Malaysia sambil menyifatkannya sebagai tidak adil, mengelirukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd