Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Lelaki Direman, Serang Anggota Polis Di IPK Pulau Pinang

Dua lelaki tempatan masing-masing berusia 19 dan 20 tahun direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung insiden menyerang seorang anggota polis di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Aggota polis cedera digigit

Menurut laporan Malaysia Gazette, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Shyahirah Abdul Salim bermula hari ini hingga 25 Jun, bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

polis

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 malam semalam apabila kedua-dua suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan berhampiran pintu masuk IPK.

Artikel lain: Didakwa Tipu Jemaah Warga Emas, Ejen Pakej Haji Direman 4 Hari

Anggota yang bertugas kemudiannya menghampiri mereka untuk pemeriksaan lanjut di pos kawalan dan hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki itu dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun semasa pemeriksaan dijalankan, mereka bertindak agresif dan menyerang anggota terbabit.

polis

Foto: Harian Metro

Salah seorang suspek dilaporkan telah menggigit dada mangsa dan menumbuk wajahnya sehingga menyebabkan kecederaan.

Kes kini masih dalam siasatan bagi tindakan lanjut.

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd