Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Disyaki Minta Rasuah, Pegawai Kanan Polis Antara Lima Anggota Ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota polis, termasuk seorang pegawai kanan, selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan meminta dan menerima rasuah berjumlah hampir RM9,000.

Menurut laporan Sinar Harian, difahamkan, wang tersebut diterima sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang memiliki motosikal curi.

rasuah

Menurut sumber, semua suspek yang berusia 20 hingga 40-an itu hadir ke pejabat SPRM Pulau Pinang untuk memberi keterangan sebelum ditahan antara jam 2 hingga 5 petang, Isnin lalu.

Artike lain: Pegawai PBT Gred Jusa B Disyaki ‘Makan Suap’, SPRM Beku Akaun RM7 Juta!

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil siasatan mendapati mereka disyaki berpakat melakukan perbuatan tersebut ketika satu operasi di sekitar Seberang Perai pada Jumaat lalu.
Seorang daripada suspek dipercayai menerima wang tunai daripada pemilik sebuah bengkel motosikal yang terbabit dalam operasi berkenaan,” katanya.

rasuah

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S. Karunanithy, mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Kesemua mereka ditahan selama 24 jam sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd