Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pembaharuan Kesihatan Awam, Kerajaan Pertimbang Cadangan Naikkan Cukai Tembakau

Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan bagi menaikkan kadar cukai tembakau yang juga sejajar dengan komitmen kerajaan bagi pembaharuan kesihatan awam dan fiskal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu juga berikutan wujudnya moratorium atau tiada sebarang semakan semula kenaikan cukai tembakau bagi satu tempoh yang lama.

Pada masa ini, cukai tembakau Malaysia berjumlah 58.60 peratus daripada harga runcit, malah Malaysia juga tidak mempunyai sebarang mekanisme rasmi bagi pelarasan harga secara bertempoh atau penilaian semula kadar itu yang kali terakhir dinaikkan pada September 2014.

Cukai tembakau

Cukai tembakau

“Saya setuju dengan (kekuatan) semangat (untuk sentiasa sihat). Bukan kerana saya tidak merokok, tetapi juga kerana adanya kempen anti-merokok,” kata beliau ketika ditanya mengenai kemungkinan kerajaan mengkaji semula cukai itu dalam Belanjawan 2026 yang dijadual dibentangkan pada Oktober depan.

Anwar berkata demikian selepas menghadiri sesi libat urus Belanjawan 2026 di sini, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, ahli ekonomi dilaporkan mencadangkan agar kadar cukai tembakau dinaikan kepada 60-75 peratus.

Pada minggu lepas, ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Anwar berkata kerajaan akan memperluaskan cukai prokesihatan daripada gula kepada turut merangkumi tembakau, rokok elektronik atau vape dan alkohol.

Beliau berkata langkah memperluas kerangka cukai itu bukan hanya bertujuan menambah hasil cukai, tetapi juga bagi menggalakkan perubahan sikap dan membendung peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD).

Artikel lain: Cadangan Bayar Pencen Bulanan Melalui KWSP Masih Di Peringkat Kajian – Amir Hamzah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cukai tembakau

Masalah NCD itu lazimnya dikaitkan dengan gaya hidup tidak sihat, termasuk penyakit jantung, strok, diabetes dan kanser.

Anwar turut menegaskan penjagaan kesihatan ekal menjadi keutamaan kerajaan berikutan keadaan sistem awam yang kian tertekan akibat inflasi perubatan, beban berganda penyakit berjangkit serta tidak berjangkit selain faktor populasi yang semakin menua.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Sosial

Demi mengejar ilmu dan segulung ijazah, seorang anak muda sanggup menempuh perjalanan lebih lapan jam bermotosikal dari Sepang, Selangor ke Perlis dengan hanya berbekalkan...

Lokal

Hasrat seorang lelaki mengekori ambulans yang membawa neneknya ke hospital bertukar tragedi apabila kereta Perodua Bezza dipandunya melanggar lampu isyarat merah sebelum terbabit dalam...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) persoal tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang menjatuhkan hukuman terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd