Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Hasut Orang Cerai Kerja Gila” – Coach Cerai Pertahan Diri, Nafi Galak Pasangan Berpisah

“Menghasut orang bercerai adalah kerja gila,”

Demikian tegas individu yang bergelar ‘coach cerai’, Mohd Izary Muhammed Ikhbal ketika tampil mempertahankan dirinya daripada pelbagai tomahan yang dilemparkan kepadanya kebelakangan ini.

Menerusi perkongsiannya di Threads, Mohd Izary, 45, berkata tanggapan segelintir pihak yang mendakwa peranannya mendorong pasangan berpisah adalah satu salah faham yang berpunca daripada kejahilan dan kegagalan memahami konsep sebenar bimbingan yang ditawarkannya.

coach cerai

Foto: Harian Metro

Dia meluahkan rasa kecewa terhadap fitnah dan kecaman yang diterima, sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Apa yang saya rasakan adalah kebingungan, kekeliruan dan keterkejutan melihat sejauh mana kejahilan boleh berlaku dalam kalangan masyarakat kita sendiri,” katanya.

Artikel lain: Hanya Lima Minit! Coach Cerai Dakwa Mampu Nilai Perkahwinan Seseorang Bertahan Atau Tidak

Mohd Izary menegaskan bahawa sekiranya orang ramai melakukan kajian yang menyeluruh, mereka akan memahami bahawa peranannya bukan untuk menggalakkan perceraian, sebaliknya membantu individu membuat keputusan secara sedar dan bertanggungjawab.

Advertisement. Scroll to continue reading.
coach cerai

Foto: Carian Google

Dalam masa sama, dia turut menjelaskan isu membabitkan pelakon Uqasha Senrose yang didakwa menjadi punca namanya kembali hangat diperkatakan.

Menurutnya, Uqasha memang pernah mendaftar dalam program bimbingannya, namun sesi sebenar belum pernah dimulakan kerana kekangan jadual kerja pelakon berkenaan.

“Tidak dinafikan Uqasha mendaftar dalam program saya, tetapi disebabkan komitmen kerjanya yang padat, sesi coaching belum sempat dijalankan,” ujarnya.

Tambahnya, hubungan yang terjalin hanyalah atas dasar persahabatan, malah Uqasha menjadi lebih rapat dengan isterinya selepas pertemuan mereka.

Kehadiran Mohd Izary di mahkamah juga hanyalah sebagai rakan, namun situasi itu didakwa telah disalah tafsir dan diperbesar-besarkan oleh media serta netizen.

coach cerai

Mohd Izary turut menyuarakan rasa kesal terhadap tindakan pihak berkuasa agama yang didakwanya bertindak berdasarkan aduan tanpa mendapatkan penjelasan daripadanya terlebih dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tiada sebarang usaha untuk menghubungi saya. Tidakkah mereka mahu menyiasat atau sekurang-kurangnya mendengar penjelasan daripada pihak saya?” soalnya.

Selain itu, beliau turut mendakwa terdapat segelintir peguam syarie yang berasa terancam dengan kewujudan ‘coach cerai’, seolah-olah peranannya akan menggantikan profesion mereka.

“Betapa tidak yakinnya seseorang sehingga menyangka niat saya adalah untuk mengambil alih peranan mereka. Itu sangat menyedihkan,” jelasnya.

Mengakhiri perkongsiannya, Mohd Izary optimis bahawa kebencian terhadap dirinya akan beransur reda dan isu yang tular ini membuka ruang untuknya mendidik masyarakat mengenai peranan sebenar seorang ‘coach cerai’.

Sumber: Threads @ceraicoach

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berkaitan pengurusan sisa...

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd