Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Hanya Lima Minit! Coach Cerai Dakwa Mampu Nilai Perkahwinan Seseorang Bertahan Atau Tidak

Coach Cerai Dakwa Mampu Nilai Perkahwinan Seseorang

Individu yang dikenali sebagai ‘Coach Cerai’ mencuri perhatian ramai apabila mendakwa mampu mengenal pasti sama ada sesebuah pasangan berpotensi untuk bertahan lama atau sebaliknya hanya dalam tempoh lima minit.

Pemilik nama Mohd Izary Muhammed Ikhbal bagaimanapun mengakui penilaian itu bukan bersifat mutlak dan hanya berdasarkan pengalaman peribadinya yang terlibat menguruskan isu rumah tangga.

“Kalau saya jumpa sebuah pasangan dan meluangkan masa bersama mereka selama minit, saya boleh tahu pasangan itu boleh bertahan lama atau tidak.
“Saya hanya perlukan lima minit saja untuk tahu pasangan itu berada dalam perkahwinan yang bahagia atau tidak.
“Tak semestinya betul tetapi ketepatan itu ada dalam 90 peratus. Tapi saya bukannya Tuhan dan saya bukan tilik nasib,” ujarnya.

Coach Cerai Dakwa Mampu Nilai Perkahwinan Seseorang

Menurutnya, penilaian tersebut banyak bergantung kepada corak tingkah laku yang berulang dalam sesebuah perhubungan.

“Kenapa saya kata saya boleh tahu sebab dalam setiap perhubungan dan segala-galanya dalam hidup, the resisting is the pattern recognition. Kita boleh perasan perkara itu berlaku,” katanya.

‘Coach Cerai’ berkongsi pandangan berkenaan ketika menjadi tetamu dalam sesi podcast kendalian ikstudio.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Mengelirukan & Tiada Kelayakan! PPMM Persoal Peranan Coach Cerai, Ganggu Ruang Perdamaian Suami Isteri

Dalam pada itu, lelaki berusia 45 tahun itu turut mendedahkan beberapa kes yang pernah dikendalikannya, selain mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu mempercayai gambaran hubungan yang dipaparkan di media sosial.

“Saya pernah menguruskan satu kes di mana si suami sangat penyayang di media sosial tapi di belakang dia kaki pukul isteri.
“Ada juga wanita yang tunjukkan dia sangat sayangkan suami tetapi dia ada dua atau tiga orang kekasih lain di luar.
“Jadi jangan kita percaya seratus peratus apa yang kita lihat di media sosial,” katanya.

Sumber: TikTok ikstudio.my

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd